Sunday 29 May 2011

....loving you

...loving you
was the best thing
that had ever happen to me
thanks for your attention
your love and affection
thanks for the pain
and for that
never shall I let my heart
to be touched again

...naz_jtb...

Friday 27 May 2011

...Hatiku...

...hati aku sudah tiada disini lagi
di daerah luka ini
ingin saja aku berlari pergi
ingin saja aku tinggalkan kedukaan 
kenangan
malah segala impian
biar semua yang hancur
terus berkubur

...hati aku sudah tiada disini 
di daerah luka ini
jejak kita menapak di setiap lorong
tidak terdaya kutelusuri 
tidak ingin juga aku ingati
malah
kubiarkan saja rasa ini mati

...hatiku sudah tiada di sini lagi
di daerah luka ini
bila rinduku terkapai
kasihku tak terungkai
telah aku cuba sedayanya
telah aku telan segala nista
akhirnya
kau pergi jua
bersama sengketa
yang bersarang tanpa dibela

...hatiku sudah tiada di sini 
di daerah luka ini
bila aku sudah tidak mampu
merindui
mengasihi
malah menyayangi
dan aku sudah tak punya
walau secebis rasa lagi
bila kau berpaling bersama
luka mainanmu sendiri

...hatiku sudah tiada lagi disini


...naz_jtb..

Tuesday 24 May 2011

Ask...




...I don't ask about you
since you left me in blue
I would just walk away
if ever we met one day
cause
you threw my love in the drain
and there's still so much pain

...i won't ask about you anymore


...naz_jtb...

Akhirnya....


Berakhir sudah
sebuah episod persahabatan
bila kau berpaling
tanpa kata
bila kau menghukum
tanpa bicara

Telah kucuba sedayanya
menyelamatkan sisa kasih
namun kau kian menyisih
lalu
aku juga berpaling
dengan hati yang retak
tidak akan mengetok lagi 
pintu hatimu
yang membeku
tidak akan  menjejak lagi
teratak memori itu
dan
tiba-tiba aku menjadi sebak
kau yang kutatang
akhirnya buat hati aku jadi walang....


naz_jtb

Sunday 22 May 2011

Bertaut Semula- Bab 4


4
          Esoknya hari Sabtu, kesemua mereka bangun menunaikan solat subuh bersama. Hati Razlan tersentuh melihat Dee selepas menunaikan solat. Dia nampak kesengsaraan di mata Dee. Sinar mata Dee yang selalu membuatnya terkedu, sudah hilang. Ingin sekali dia melihat wajah Dee yang ayu seperi dulu. Wajah Dee yang selalau ceria, yang selalu membahagiakannya. Hari ini dia ingin membuat sesuatu yang dapat menggembirakan Dee.
            “Okay, hari ini dan esok semua cutikan. Apa kata kita ke Cameron Highland? Kita bawa Princess jalan-jalan.” Kata Razlan selepas mereka selesai solat.
            “Yay…..Sayang Acu…..Yay…yay…..kita pergi jalan yer Princess!!!” Jiha bersorak, suka.
            “Nad, macam mana? Ikut?” Tanya Razlan.
            “Mestilah. Takkan nak duduk di rumah pula.”
            “Ok, kalau begitu, jangan tidur balik. Kita berkemas dan bertolak pukul lapan nanti. Boleh?” Razlan memberi arahan.
            “Yes Sir!” Nadya dan Jiha menjawab.
            Dee hanya ketawa. Kemesraan mereka sedikit sebanyak menghilangkan kesedihannya.
            “Ok kan Princess! Kita balik esok. Just a short trip. Macam dulu-dulu.” Razlan senyum. Hatinya berbunga kembali. Seperti dulu, kehadiran Dee selalu membuatkan dia rasa bertenaga, bahagia. Dee selalu menceriakan hidupnya. Dia pernah kehilangan Dee dan kini dia tidak mahu beralah lagi. Razlan seperti mendapat peluang kedua untuk bersama Dee, Princessnya.
            Sepanjang perjalanan mereka dipenuhi dengan gelak tawa. Razlan mencuba sedaya upaya untuk menggembirakan hati Princessnya. Dia mahu melihat kembali wajah ceria Dee yang dirinduinya. Dia juga mahu Dee tahu perasaannya masih seperti dulu, masih menyayangi Dee sepenuh hatinya. Paling penting Razlan mahu Dee bahagia kembali, dan dia mahu membahagiakan Dee.
            Mereka tiba di puncak Tanah Rata hampir tengah hari, Razlan terus membawa rombongannya untuk makan. Jiha seperti biasa sebok melayan Dee, bertanya itu dan ini. Razlan hanya membiarkan sahaja Dee melayan Jiha, sekurang-kurangnya Dee tidak merasa kekok bersama mereka.
            Mereka terus ke apartment yan telah ditempah Razlan semasa dalam perjalanan tadi, Apartment dua bilik itu cukup selesa kerana bilik utamanya besar, muat untuk Dee, Nadya dan Jiha.
            “Okay, kita berehat sekejap. Petang nanti kita keluar pula.” Ujar Razlan sebaik sahaja mereka ke masuk ke apartment tersebut.
            “Yes Boss!” Dee menjawab.
            “Princess! I hope it’s okay with you, duduk satu bilik dengan mereka berdua. It’s better that way.” Kata Razlan apabila Nadya dan Jiha meninggalkan mereka berdua.
            “Ala memang okaypun Raz. You tahukan I tak kisah. Thank you Raz.”
            Razlan hanya senyum dan berjalan ke pintu balkoni apartment itu. Dee seperti tahu yang Razlan ingin dia bersama menikmati pemandangan disitu, terus bangun mengikutnya.
            “I’m sorry Princess!”
            “Kenapa Raz?”
            “Kalaulah I tahu yang you akan menderita seperti ini, I akan…”
            “Apa Raz?”
            “I tak akan biarkan you jatuh ke tangan orang lain.”
            “Maksud you”
            “I tak akan biar you jadi milik lelaki lain. I would have you for myself. I love you Princes!!!”
            “Then why don’t you, Raz? Why?”
            “Because…you are fit to be  my daughter! I terlalu tua untuk you Princess! I tak nak someone as beautiful as you berkahwin dengan orang tua macam I. You deserve a youger man.”
            “Raz, kenapa sebelum ini you tak pernah luahkan semua ini? Kenapa you simpan?”
            “Will it make any different?”
            “I would have said yes!”
            “Princess!!! Oh my Princess!”
            Razlan memegang tangan Dee dan terus menciumnya. Ketika itu Razlan lupa status Dee sebagai isteri orang. Ketika itu juga, Dee menyandarkan kepalanya ke bahu Razlan. Dee seperti lupa kesengsaraannya.
            Tiba-tiba Razlan berfikir, kenapa tidak? Kenapa tidak dia bertanyakan Dee sekarang. Razlan memusingkan badannya mengadap Dee dan terus merenung matanya.
            “Princess! I know this is not the best time or rather the right time to ask. Would you? Would you say yes if I ask you now?” Tanya Razlan sambil memegang dagu Dee.
            “Raz, please remember to ask me again when my problem is settle.” Jawab Dee perlahan.
            “Ahh! Yes! Your problem. Sorry Princess, I almost forgot. I kena call my friend.” Razlan baru teringat yang dia sepatutnya menelefon kawan peguamnya pagi tadi.
            “Hello, Botak! Kau free tak?” Razlan bertanya kawannya.
            “Hahaha….I need to see you Monday morning. Bolehkan?” Razlan bertanya lagi.
            “Ok then, Monday morning, ten o’clock, tempat biasa, Ipoh Mee Curry.” Kata Razlan mengakhiri perbualan dengan kawannya.
            “Botak? Siapa tu?” Tanya Dee hairan.
            “Kawan I, peguam syariah. Dia memang botak. Hahaha….Hari Isnin pagi kita jumpa dia”
            “You tak kerja ke Raz? I dah menyusahkan you.”
            “Tak adalah. Anything for you! You ingat tak?”
            “Yes! I tahu you sanggup buat apa saja untuk I. Ok kalau macam tu, I nak you buat something untuk I”
            “Your wish is my command! Princess!”
            “I nak you pergi mandi! Dah ada bau ni. Hahaha….”           
            “Oh! Busuk yer….” Razlan pantas menangkap tangan Dee sambil ingin memeluknya. Dee cuba melepaskan diri dari Razlan tetapi tersepak bingkai pintu dan hilang imbangan. Razlan terus menarik Dee dari belakang dan ketika itu, mereka berpelukan. Razlan terpana dengan sinar mata Dee. Sinar mata itulah yang dirinduinya. Sinar mata itulah juga yang selalu di dalam ingatannya. Dee hanya senyum dan perlahan-lahan cuba mengimbangi dirinya kembali. Razlan tersedar dari renungannya dan terus melepaskan Dee. Mereka berlalu tanpa sebarang kata, hanya senyuman terukir di bibir masing-masing.
            Sejam kemudian semua mereka telah bersedia untuk meneruskan aktiviti mereka. Razlan membawa mereka melawat ke ladang Strawberi. Terasa sungguh nyaman udara di situ, di tambah dengan kehijauan yang indah. Nadya dan Jiha teruja melihat tanaman strawberi serta hasil-hasil buah tersebut. Mereka meninggalkan Razlan dan Dee di belakang.
            Razlan berjalan beriringan dengan Dee apabila dia melihat Dee mengeluarkan telefon bimbitnya. Dengan spontan, Razlan menggenggam telefom bimbit yang berada di tangan Dee.
            “Princess! Please, jangan buka kesengsaraan you. Let it be. Hari dan esok kita lupakan dulu apa saja masalah yang ada. I’ve seen that sparkle in your eyes today. Sinar mata yang amat I rindui. Please!” Kata Razlan sambil merenung mata Dee.
            Dee terdiam. Memang betul kata Razlan. Biarlah dia melupakann kesengsaraan hidupnya, walaupun untuk sehari dua. Biarlah dia menikmati sedikit kebahagian bersama Razlan, seperti dulu. Dee menyimpan kembali telefon bimbitnya.

Saturday 21 May 2011

Suatu Kehilangan

Ketika melihat ketabahan, kecekalan mu
menghadapi dugaan
aku gagahi menahan sendu, tersembunyi pilu.
Namun, di saat tubuh menjadi kaku
tak terbendung lagi air mata
meskipun aku redha, lalu ku iringi dengan doa.
Kini setiap kali mengenangkan kesabaran mu
menangani kami yang selalu alpa
terasa kehilangan punca.
Malah masih berbekas sentuhan mu
di setiap penjuru hidup ini
pada setiap dari kami yang tersedar
tidak akan ada lagi sentuhan seikhlas itu…
Sesungguhnya, amat terasa kehilanganmu
dan sehingga kini
tiada sehari pun berlalu tanpa ingatan padamu
Semoga damai di sana.
Al-Fatihah


...naz_jtb...
1hb Feb 2007

Dedicate to my late sister
Nooriza Noordin
(Deceased 8/1/07)

Friday 20 May 2011

Part of you

...part of you is still here
deep in my heart
though it's torn apart
and picking up the pieces
is the hardest part.

...memories lingers in my mind
sunrise on the cruise
sunset at the beach
breakfast with the morning breeze
watching the swaying leaves

...walking through  the memory lane
never thought there'll be so much pain
when you left me in vain
wish you're here in my arms again

...part of you will always be here
deep in my heart!!!

...naz_jtb...

Bertaut Kembali- Bab 3

3
            Semua pekerja syarikat D’cess Consultancy telah pulang. Razlan terus membawa Dee masuk kedalam biliknya. Mereka duduk di sofa yang tersedia di dalam bilik Razlan. Dee yang sudah dapat menenangkan dirinya, baru menyedari nama syarikat Razlan. D’cess merupakan nama syarikat yang dicadangkan oleh Razlan semasa mereka bekerja bersama di Pulau Pinang dulu. Dee teringat,, Razlan selalu berangan untuk membuka syarikatnya sendiri dan nama itu adalah singkatan nama Dee dan Princess.
            “D’cess!!! Emmmm….nampaknya you dah berjaya Raz. You dah tunaikan impian you selama ini. Tapi kenapa you masih nak gunakan nama tu?” Tanya Dee.
            “Well, it’s all about you my Princess! I tak pernah lupakan you. I tak pernah bencikan you. I love you till now!” Jawab Razlan.
            Dee hanya diam. Kelu untuk dia berkata. Begitu dalamnya cinta Razlan kepadanya.
            “So just forget about my pethatic life. What about you? What happened to Princess? Apa yang lelaki itu dah buat pada you?” Razlan bertanya sambil mengusap kesan lebam di pipi Dee.
            “I’m sorry Razlan. You memang betul. Dia memang penagih dadah. Lima tahun I merana. Lima tahun I simpan segalanya sendiri. Nak diceritakan seperti menepuk dulang. I terpaksa telan segalanya.” Kata Dee memulakan cerita.
            Pelbagai keperitan yang terpaksa dihadapi olehnya. Selepas rahsia ketagihannya terbongkar, Anuar menjadi lebih berani. Dia bertindak sesuka hati, menurut nafsu serakahnya. Ibu Anuar yang pada mulanya dilihat amat menyayangi Dee, lebih menyebelahi anak lelakinya itu. Sepak terajang menjadi makanannya tanpa belas kasihan. Dee menceritakan kisahnya yang keguguran dua kali akibat keganasan Anuar. Namun Dee bersyukur, kerana tidak mempunyai anak memandangkan Anuar bukanlah seorang lelaki yang bertanggungjawab.
            Segala keimanan dan ketakwaan Anuar hanyalah pura-pura belaka. Segala lakonan semata-mata untuk memikat hati Dee.
            “I buta dengan cinta Raz. Entah apa yang dia buat sehingga I tidak nampak semua itu. Dalam sekelip mata saja I jatuh cinta dengan Anuar. I tak dapat melupakannya. Itulah yang membuatkan I nekad untuk berkahwin dengannya walaupun dihalang!” Airmata Dee, mengalir lagi. Razlan menghulur tisu sambil mengelap pipi Dee.
            “Sebenarnya, emak dan ayah you ada beritahu I, you terkena ilmu pengasih. Tapi I tak percaya sangat. Mungkin sudah jodoh you dengan lelaki tu.” Razlan seperti tidak sanggup untuk menyebut nama Anuar.
            “I sudah letih Raz. I nak lari dari neraka itu. I sudah tidak sanggup menangung biawak hidup! Tolong I Raz. Please, I need to disappear for a while sehingga I failkan permohonan untuk bercerai. I dah nekad Raz.” Dee meminta simpati dari Razlan.
            “Beginilah. Why don’t you stay with me. Don’t worry, I tinggal dengan dua orang anak buah I. You ingatkan Nadya dengan Jiha? I’ll take care of you. I’ll get you the best syariah’s lawyer. Anything for you Princess! You tahukan.”  Razlan memberi cadangan kepada Dee.
            “Maafkan I Raz, I dah menyusahkan you. Tapi I sudah tidak ada sesiapa lagi yang dapat menolong !” Kata Dee perlahan.
            “Princess! You sepatutnya cari I the first time he hit you! Sudahlah semuanya sudah tertulis. Jom, you ikut I dari belakang. Kita balik, there’s always hope!” Razlan menjawab bersahaja.
            Rumah Razlan hanya sepuluh minit sahaja dari pejabatnya. Sebaik sahaja mereka sampai, anak saudaranya, Najiha terus membuka pintu. Razlan nampak Najiha agak hairan melihat kereta Dee di belakang.
            “Ha, Jiha, mari sini, Cuba tengok siapa yang datang.” Kata Razlan semasa Jiha mendekatinya.
            “Siapa tu Acu? Macam pernah tengok.” Ujar Jiha sambil mengamati wajah Dee.
            “Jiha! Dah besar pun. Dah tak kenal….”
            “Princess!!!” Jiha menjawab sambil berlari mendapatkan Dee. Jiha amat rapat dengan Dee dulu. Dia amat menyayangi Princessnya.
            “Ingatpun!” Dee memeluk Jiha. “Amboi dah besar yer”
            “Princess! Sampai hati Princess lupa dekat Jiha! Jiha rindu tau, Jiha selalu tanya Acu. Tapi Acu cuba jawab, Princess dah tak nak kawan dengan kita” Jiha bertubi-tubi bercerita.
            Dee terdiam. Terkedu dia dengan cerita Jiha. Ternyata mereka merinduinya. Dia tidak pernah menyesdari yang dia  telah melukakan hati ramai orang, termasuk Jiha. Dee hanya memeluk Jiha sepuasnya sambil memohon maaf.
            “Ala sudahlah tu Jiha, kan Princess dah ada ni. Jom masuk.” Kata Razlan sambil membawa beg Dee.
            “Malam ni Princess kena tidur dengan Jiha!” Protes Jiha.
            Razlan ketawa. “Hah dah jatuh hukum!”
            Dee hanya senyum. Dia terasa kembali kemesraan mereka suatu masa dahulu. Jiha dengannya akan selalu menyebelahi satu sama lain setiap kali mereka keluar bersama Razlan. Mereka berdua akan berpakat untuk mengenakan Razlan. Dee terkenangkan saat-saat indah mereka lima tahun dahulu.
            “Nadya! Turun sekejap!” Terdengar suara Razlan memerintah.
            “Kejaplah. Baru lepas mandi ni” Terdengar suara Nadya dari bilik di tingkat atas.
            “Hmmmm…masuklah Princess, Make yourself at home!” Kata Razlan.
            Dee melangkah masuk ke dalam rumah Razlan, kemas dan rapi. Rumah berkembar dua tingkat itu amat sesuai dengan citarasa Razlan. Dari dulu lagi Razlan selalu menyatakan dia inginkan rumah begini. Banyak impian Razlan yang dicapainya semenjak mereka berpisah. Namun dia masih tertanya-tanya kenapa Razlan tidak berkahwin. Semasa mereka bersama, Razlan sudahpun berumur empat puluh tahun. Sekarang umurnya sudah menjangkau empat puluh lima tahun.
            “Kak Nad! Tengok ni, Princess datang!” Tiba-tiba Dee dikejutkan oleh suara Jiha.
            “Hai! Nadya! Lama tak jumpa” Dee menyapa Nadya.
            “Hai! Hehe….memang lama pun!” Ujar Nadya sambil bersalam dengan Dee.
            “Ha Nadya, buatlah apa yang patut. Dee akan tinggal dengan kita.” Kata Razlan mengarah Nadya.
            “Hmm…jom I tolong Nadya.” Sahut Dee tetapi di halang oleh Razlan dan Jiha.
            “Tak payahlah Princess! Hari ni Princess rehat dulu, Jiha tolong Kak Nad. Tapi esok kena masuk dapur tau!” Mereka ketawa.
            Malam itu mereka makan bersama. Sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan oleh Razlan, Dee dan Jiha. Dee  merasakan keputusannya untuk mencari Razlan adalah tepat sekali. Dia tahu Razlan akan membantunya, Razlan akan menjaganya seperti dulu. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi, segalanya akan selamat. Dee cuba meyakinkan  dirinya sendiri, walaupun dia tahu banyak masalah yang perlu diselesaikan. Dia yakin Razlan akan dapat menyelesaikan segala masalahnya.
            Mereka berehat sambil menonton televisyen selepas makan. Dee tidak tahu berapa lama dia akan berada di rumah Razlan. Dia sudah tidak pedulikan apa-apa lagi, yang dia tahu dia hanya mahu keluar dari neraka itu. Dee perhatikan yang Razlan masih seperti dulu, cuma rambutnya lebih banyak beruban. Wajah Razlan masih kacak seperti dulu, malah tidak menampakkan umurnya.
            Jiha dengan Nadya meminta diri untuk tidur.
            “Princess! Jangan lupa tidur dengan Jiha tau!” Kata Jiha mengingatkan Dee.
            “Ye la….nanti Princess tidur dengan Jiha.”
            “Acu, jangan sembang-sembang lama-lama sangat. Tidur awal, esok kita bawa Princess jalan-jalan tau!” Perintah Jiha. Dee dan Razlan ketawa. Jiha seperti biasa memberi arahan kepada mereka berdua.
            “Hmmmm…..dah besar dia Raz. Kenapa dia tinggal dengan you?” Dee bertanya apabila Jiha telah berada di tingkat atas.
            “Dia bersekolah asrama di sini. So hujung minggu dia balik sinilah. My brother is still in Penang. Nadyapun dah hampir tamat pengajian dekat kolej di Ipoh ni.” Terang Razlan.
            “Oh! Patutlah dia orang tinggal dengan you. Hmmm….memang dari dulupun you rapat dengan mereka kan?”
            Razlan hanya mengangguk sambil matanya tepat memandang Dee seperti ada sesuatu yang terbuku di dalam hatinya.
            “Raz, kenapa you tak kahwin?” Dee menyoal Raz.
            “I tunggu you!” Razlan menjawab di antara bergurau dan serius.
            Tiba-tiba telefon bimbit Dee berbunyi, ada panggilan. Dee melihat siapa pemanggilnya, lalu terus mematikan talian.
            “Kenapa Princess, Anuar ke?” Razlan menyoal seperti dapat membaca airmuka Dee.
            “Hah! Lelaki jahanam itu, tak habis-habis nak menyeksa I.” Kata Dee hampir menangis.
            “Sabarlah Princess! Tenangkan fikiran you. Esok kita fikirkan jalan penyelesaiannya. Don’t worry, I ada kawan, dia seorang Peguam Syariah. We’ll talk to him tomorrow.”
            “Thank you Razlan. I know I can count on you!” Kata Dee sambil merenung Razlan.
            “I’ll take of you. Pergilah tidur yer. Good night Princess!” Razlan mengucap selamat malam.
            “Lama I tak dengar ucapan tu, Raz” Ujar Dee tersenyum.
            “I pun lama nak ucapkannya! Sweet dream Princess!” Razlan tersenyum. Seperti hatinya tersenyum malam ini. Sudah lama rasanya dia tidak merasai perasaan itu. Lima tahun. Lima tahun dia menanti kepulangan Princessnya dan kali ini Razlan tidak mahu kehilangan lagi.

Bertaut Kembali- Bab 2

2
            Sudah lima tahun Razlan membawa diri ke Ipoh selepas dikecewakan oleh Princessnya. Walaupun dia tidak menaruh harapan tinggi kepada Dee, namun harapan untuk menjadikan Dee sebahagian dari keluarganya hancur apabila Dee memilih Anuar dan bukan Badrul. Puteri Nurdiyana, Dee atau Princess, merupakan suatu nama yang tidak mungkin dilupakannya. Razlan suka memanggil Dee sebagai Princess.
            Kini Razlan mempunyai perniagaannya sendiri di Bandar Ipoh. Setelah kecewa dengan apa yang terjadi, Razlan membawa diri dan memulakan perniagaannya di Ipoh. Sedaya upaya dia cuba untuk melupakan Dee atau Princessnya. Namun kenangan bersama Princessnya sentiasa diingatan.
            Masih terbayang di matanya, kelembutan dan kemanjaan Dee ketika bersamanya dulu. Walaupun Dee lebih layak menjadi anaknya, Razlan amat menyanginya lebih dari itu. Perbezaan umur yang ketara telah menjadi penghalang kepadanya untuk menjadikan Dee sebagai teman hidupnya. Dia tidak mahu Dee kecewa bersuamikan seorang yang terlalu tua berbanding dengan Dee.
            Disebabkan itu juga, Razlan mengenalkan Dee kepada anak saudaranya, Badrul dengan harapan dapat menjadikan Dee sebahagian dari keluarganya. Razlan amat tertarik dengan personaliti Dee yang lemah lembut serta bijak. Pertemuannya dengan Dee bermula semasa Dee menyertai Program Mentor Keusahawanan di Universiti Utara Malaysia. Razlan menjadi mentor Dee di dalam program tersebut.
            Sepanjang program itu, Razlan dan Dee menjadi rapat. Pada mulanya Razlan mahu membahasakan dirinya Pak Cik, tetapi Dee enggan dan memanggilnya Raz sahaja. Razlan kemudiannya memanggil Dee, Princess. Bermula daripada situ, mereka menjadi akrab dan Razlan menumpahkan segala pengetahuan malah kasih sayangnya pada Dee. Sebaik sahaja Dee tamat pengajiannya, Razlan terus melamar Dee untuk bekerja di pejabatnya. Razlan tahu Dee berbakat besar di dalam bidang perniagaan antarabangsa. Hampir dua tahun Dee bekerja di bawah satu bumbung dengan Razlan.
            Selama itu juga Razlan mengenal hati budi Dee sehinggakan dia sendiri jatuh cinta dengan Dee. Namun begitu, Razlan sedar, perbezaan umur mereka terlalu jauh. Razlan sudah diawal empatpuluhan dan Dee pula baru duapuluh empat tahun. Baru sahaja menamatkan pengajiannya. Ketika itu Razlan merasakan tidak layak untuk menyunting Dee sebagai teman hidupnya. Bagi Razlan, Dee yang muda dan cantik lebih sesuai dengan lelaki yang lebih muda.
            Oleh kerana itulah, Razlan sanggup mengenalkan Dee kepada anak saudaranya Badrul. Niat Razlan ingin Dee menjadi sebahagian dari keluarganya dan supaya Dee tidak jatuh ke tangan lelaki lain. Razlan kemudiannya mengatur pertemuan antara Dee dan Badrul. Ternyata Badrul tertarik dengan Dee pada pertemuan pertama itu. Ya! Lelaki manapun akan tertarik dengan Dee yang cantik dan bijak.
             Razlan kemudiannya mengenalkan Badrul dengan emak dan ayah Dee. Emak dan ayah Dee yang rapat dengan Razlan kemudiannya menerima cadangan untuk menyatukan mereka. Namun begitu Dee meminta sedikit waktu untuk mengenali Badrul dengan lebih dekat lagi. Semuanya berjalan lancar sehinggalah dua minggu sebelum hari pernikahan mereka. Dee dengan tiba-tiba menarik diri dan tidak mahu meneruskan pernikahan tersebut.
            “Kenapa Dee? Kenapa tiba-tiba berubah hati?” Soal Razlan.
            Dee hanya tunduk diam.
            “Come on Princess! You tahu kan, you boleh cerita apa saja dekat I. Please tell me the truth” Kata Razlan hampir merayu.
            “Raz, I dah jatuh cinta dengan orang lain. Anuar namanya, dia baik Raz. Tolonglah faham. I tak rasa begini dengan Bad. Perasaan I kuat dengan Anuar.” Terang Dee.
            “Anuar? Siapa dia Dee? Kerja apa, dimana? Macam mana you jumpa dia?” Soal Razlan bertubi-tubi.
            “Raz, tolong faham. I tak tau kenapa selepas I keluar dengan dia, I rasa yang dialah pilihan yang tepat. Yang lain tidak penting Raz.” Ujar Dee tanpa menjawab soalan Razlan.
            “Siapa dia Dee? I nak berjumpa dengannya! It’s your happiness that matters most!”
            “Baiklah, tapi tolonglah beri peluang untuk you kenal dia dulu.” Kata Dee mengharap.
            Selepas berkenalan dengan Anuar, hati Razlan menyirap. Rupanya Anuar hanyalah seorang penghantar kurier yang sering ke pejabat mereka. Tiada satu apapun yang hebat dengan Anuar berbanding Badrul. Razlan tidak sedap hati apabila melihat raut wajah Anuar yang cengkung serta matanya yang merah. Hatinya berat mengatakan Razlan adalah penagih dadah.
            Apatah lagi apabila mengetahui asal usul Anuar dari perkampungan nelayan yang memenag terkenal  dengan sarang dadah. Razlan kecewa dengan pilihan Dee, setidak-tidaknya, lelaki yang dipilih Dee mestilah lebih hebat dari Badrul. Entah apa yang dia nampak pada Anuar. Namun menurut Dee, Anuar rajin bersolat dan kuat pegangan agamanya. Hanya dalam masa seminggu mengenali Anuar, Dee sudah mempercayai lelaki itu sepenuhnya.
            Razlan tidak berdiam diri, dia terus mencari maklumat mengenai Anuar. Tepat sekali tekaannya, Anuar memang seorang penagih dadah dan paling mengejutkan emak dan ayah Dee menyatakan bahawa mereka Dee telah dikenakan minyak pengasih. Razlan tidak percaya, namun perlakuan dan pangakuan Dee menjurus ke situ. Mana mungkin Dee jatuh cinta hanya dalam masa seminggu?
            Selepas itu, majlis perkahwinan Badrul diteruskan juga dengan persetujuan Ezah, adik Dee sebagai jalan untuk menutup malu kedua-dua keluarga. Mungkin sudah jodoh Badrul dengan Ezah. Itu sudah ketentuan Tuhan, namun apa yang melukakan hati Razlan ialah Dee tidak langsung mahu mendengar nasihatnya, malah Dee pula menuduh Razlan mengenakannya dengan ilmu sihir.
            Sebenarnya Dee menyangka air mineral yang diberikan Razlan kepada ayah Dee itu adalah air jampi. Padahal ia hanya air Yasin yang didapati di mesjid sebagai penenang dan pelembut jiwa supaya Dee mendengar kata ibu dan ayahnya. Razlan tahu, Dee telah dipengaruhi oleh Anuar yang selalu menghubungi Dee pada masa itu. Dee bagai dipukau hanya menurut sahaja kata-kata Anuar sehingga melarikan diri dan berkahwin di sempadan.
            Razlan kemudiannya berputus asa dan tidak lagi menghubungi Dee, setelah Dee tidak pernah  menjawab panggilan ataupun mesejnya. Razlan membawa diri ke Ipoh dan tidak menghadiri majlis perkahwinan antara Badrul dan Ezah. Razlan tidak mahu lagi melihat wajah Dee dengan lelaki jahanam itu. Dia hanya ingin meninggalkan semua apa yang berlaku di antara mereka.
            Hari ini, seperti biasa Razlan masih cuba menjalani kehidupan jauh dari kenangan bersama Dee, Princessnya. Bukan dia tidak mahu mencari pengganti Dee, namun apa yang terjadi amat mengecewakannya. Dia berhati-hati supaya tidak jatuh cinta dengan sesiapa lagi. Biarlah dia hidup sendiri ditemani anak-anak buahnya yang tinggal bersama dengannya di Bandar Ipoh ini.
             Sudah hampir jam lima petang, Razlan mula berkemas untuk pulang. Esok hari sabtu, dia tidak bercadang untuk kemana-mana. Hujung minggu ini akan dihabiskan bersama anak-anak buahnya di rumah. Tiba-tiba telefon bimbit Razlan berbunyi, ada mesej yang masuk.
            -Salam. Maaf ganggu. Raz, Dee perlu jumpa dengan Raz petang ini. Raz di Ipoh kan. Dee akan sampai dalam setengah jam lagi. Please I need your help-
            Jantung Razlan berdegup kencang semasa membaca mesej Dee. Lima tahun dia menanti mesej dari Dee. Lima tahun, dia merindui Dee, Princessnya. Walaupun hatinya terluka namun Razlan tetap menyayangi Dee. Tidak pernah seharipun berlalu tanpa dia merindui Princessnya.
            Razlan menarik nafas panjang, cuba mententeramkan dirinya. Dia tertanya-tanya kenapa Dee tiba-tiba mengirim mesej begitu kepadanya. Apa yang telah terjadi pada Dee? Razlan terus menelefon Dee.
            “Asslammualaikum Princess! You di mana? How can I help you?” seperti biasa Razlan amat mengambil berat tentang Dee.
            “Waalaikumsalam Raz! Maaf ganggu you. I hampir sampai ke Ipoh. Boleh tak you tunggu I di Rapat Setia.  Dekat gerai limau Tambun. I cuma tahu tempat tu saja. Please Raz. I really need to see you.” Terdengar suara Dee seperti menahan sebak.
            “Ok Princess. My office dekat saja dengan tempat tu. I tunggu you.’ Jawab Razlan.
            Razlan bergegas turun dan terus menuju ke deretan gerai-gerai yang dikatakan oleh Dee. Jaraknya hanya lima minit sahaja berjalan kaki dari pejabat Razlan. Perasaanya berbaur ketika itu. Gembira kerana rindunya selama lima tahun akan terubat, tetapi tertanya-tanya kenapa Dee tiba-tiba saja ingin bertemu dengannya. Berdebar-debar hati Razlan ketika menunggu Dee. Apakah Dee masih ayu seperti dulu, yang selalu membuatkan dia terkedu? Pasti. Princessnya pasti masih seperti dulu.
            Hampir sepuluh minit Razlan menanti, tiba-tiba dia melihat sebuah kereta ViVa Elite biru menghampirinya. Pasti itu Dee. Hati Razlan berdegup kencang menantikan pemandu kereta itu keluar. Razlan hampir tidak mengenali Dee yang berjalan menuju kepadanya. Masih bertudung, namun mukanya cengkung dan matanya bengkak dan ada kesan lebam dipipinya.
            Hati lelakinya tersentuh melihatkan wajah Princessnya, yang dahulu pernah bertakhta di hatinya. Sedih melihatkan kesengsaraan hidup yang terpampar di wajah Dee. Razlan menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Dee terus memeluknya. Dia terkedu, namun membalas pelukan Dee yang sedang menangis. Agak lama juga dia membiarkan Dee menangis di dalam pelukannya.
            “Princess!!! Bertenanglah. Jom ke pejabat I, kita berbual disana. I miss you!” Akhirnya terkeluar juga perkataan dari mulut Razlan sambil memimpin Dee ke pejabatnya.

Wednesday 18 May 2011

Bertaut Kembali - Novel Kedua

Hai,
Bertaut Kembali merupakan novel kedua yang sedang ditulis. Buat permulaan, disini anda semua dapat membaca tiga bab pertama novel tersebut. Komen dan pendapat amat dihargai. Terima kasih.


BERTAUT KEMBALI

1
            Lima tahun berlalu, dia sudah letih, jemu malah telah hampir berputus asa dengan kehidupannya. Panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Tidak guna menyesal, kerana dia sendiri memilih jalan kehidupan  ini. Dia sendiri yang berkeras dengan pilihan hatinya walaupun di tentang hebat oleh kedua orang tuanya.  Ketika itu dia amat yakin dengan kata hatinya untuk membina kehidupan bersama Anuar.
            Ramai yang menentang, bukan sahaja kedua orang tuanya, semua ahli keluarganya malah kawan-kawannya juga. Dia tidak peduli dengan nasihat serta larangan mereka malah sanggup memutuskan hubungan dengan sesiapa yang menentang pilihannya. Cintanya kepada Anuar dirasakan teramat dalam dan terlalu kuat baginya. Anuar merupakan seorang lelaki yang sempurna di matanya walaupun dia sedar mereka tidak sekufu.
            Ketakwaan serta keimanan yang ditunjukkan oleh Anuar di awal pertemuan mereka telah mencairkan hatinya. Dia terpikat dengan Anuar yang nampaknya rajin bersolat serta selalu mengingatkannya setiap kali masuk waktu. Itulah yang membuat dia merasakan Anuar merupakan pilihan yang tepat. Dia tidak pernah membayangkan hidupnya akan musnah sebegini rupa.
            Hatinya hancur dengan perlakuan Anuar, yang ternyata hanya pura-pura. Bahagianya hanya tiga bulan pertama perkahwinan mereka. Sedikit demi sedikit perangai sebenar Anuar terserlah. Puncaknya ialah apabila dia berjaya menghidu ketagihan dadah oleh Anuar. Malam itu bermulalah episod duka dalam hidupnya, malam itu  juga buat pertama kali dia merasa penampar sulong Anuar di mukanya.
            “Abang! Apa benda ni…?” Soalnya kepada Anuar malam itu, sambil memegang beberapa bungkusan kecil berisikan serbuk putih.
            “Arrgghhh!!! Jangan nak menyibuk. Tak ada kena mengena dengan Sayang!” Kata Anuar sambil merampas bungkusan tersebut.
            “Dadah kan? Abang ambil dadahkan?”
            Anuar terus diam.
            “Abang, cakap betul-betul! Abang ambil dadah kan?” Dia terus menerjah Anuar.
            “Ahh!!” Pang!!! Penampar Anuar hinggap ke pipinya gebunya.
            Dee terduduk, terasa panas pipinya akibat tamparan itu, Dia tidak pernah menyangka Anuar sanggup menampar pipinya. Dia juga tidak pernah menyangka yang Anuar adalah seorang penagih dadah. Hancur luluh hatinya. Perkahwinan yang baru masuk bulan ketiga telah rosak akibat perbuatan Anuar.
            “Sampai hati Abang! Sayang tak sangka abang seorang penagih dadah! Tak sangka” Kata Dee teresak-esak.
            “Ahhh! Suka hati akulah!!!” Anuar terus keluar menginggalkan rumah.
            Malam itu bermulalah kesengsaraan di dalam hidupnya. Selepas kejadian malam itu, Anuar dengan selamba sengaja mengambil dadah di hadapannya. Mahu sahaja dia lari membawa diri, namun kepada siapa? Emak dan ayahnya tidak lagi mahu mengambil tahu tentang dirinya. Emak dan ayahnya tidak menerima Anuar sebagai menantu mereka.
            Walapun mereka tidak membuangnya, namun setiap kali dia pulang, terasa disisih oleh keluarganya. Emak dan ayahnya tidak pernah bertanya khabar tentang dirinya ataupun Anuar. Ayahnya tidak mahu langsung berbual dengan Anuar. Tidak seperti, adiknya Ezah, suami adiknya itu ditatang oleh kedua emak dan ayahnya kerana Badrul merupakan menantu pilihan mereka.
            Ah! Badrul, lelaki itu sebenarnya pernah menaruh hati padanya. Namun, di saat dia ingin menerima Badrul, tiba-tiba dia mendapati dirinya jatuh cinta dengan Anuar. Dia tahu Badrul seorang lelaki yang baik.  Entah mengapa pengenalannya dengan Badrul yang dirancang oleh sepupu Badrul, tidak menjadi. Dia telah mengecewakan emak dan ayahnya yang ingin bermenantukan Badrul. Di saat akhir majlis pertunangan akan dilangsungkan, Dee menarik diri, dan untuk menutup malu, Ezah menjadi penggantinya.
            Dia telah cuba bertahan dan mempertahankan perkahwinannya, dengan harapan Anuar akan berubah suatu hari nanti. Begitu dalam cintanya kepada Anuar, sehingga sanggup menanti selama lima tahun. Entah berapa ratus kali Anuar telah berjanji untuk berubah, namun penantiannya sia-sia sahaja.  Selama itu jugalah dia bagai menjadi hamba kepada Anuar. Duit gajinya menjadi mangsa ketagihan Anuar setiap bulan. Segala perbelanjaan terpaksa ditanggungnya kerana Anuar telah beberapa kali dibuang kerja di dalam masa lima tahun itu.
            Hari ini, dia sudah tidak sabar lagi, dia sudah tidak mahu menunggu lagi. Segalanya telah hancur musnah semalam. Hatinya bagai disiat-siat dengan perlakuan Anuar. Semalaman dia menangis kerana diperlakukan sebegitu rupa. Sanggup Anuar membawa wanita lain ke rumah mereka dan mengambil dadah serta paling menyakitkan, Anuar menyetubuhi wanita tersebut di dalam bilik tidur mereka.
            “Abang, siapa perempuan ni?” Dee bertanya sebaik sahaja Anuar masuk ke dalam rumah dengan seorang wanita muda.
            “Hahaha…..ini girlfriend aku. Malam ni dia nak layan aku. Kau boleh berambus!!!” Anuar menjawab. Ternyata dia sedang khayal dengan dadah.
            “Abang!!!. Kenapa Abang buat begini. Sedarlah Abang, Berdosa tau!!!” Dee membantah.
            Pang!!! Penampar Anuar melekat di pipi Dee. Terasa panas pipinya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan menangis. Tetapi Anuar mengikutnya dari belakang sambil dan sempat menarik rambutnya.
            “Hei perempuan! Malam ni aku nak tidur di sini dengan girlfriend aku….Kau boleh berambus!!! Tak faham ke?” Kata Anuar yang masih memegang rambut Dee.
            “Abang! Tolonglah sakit ni….baik….baik….saya keluar dari bilik ni sekarang!”
            “Berambus! Keluar terus dari rumah ni, lagi senang hati aku!!! Hahahaha….!!!”
            Anuar ketawa berdekah-dekah.
            Dee tidak terus keluar malam itu. Dia perlu mendapatkan gambar perlakuan Anuar dengan teman wanitanya agar dapat dijadikan bukti nanti. Dia tidak mahu disalahkan nanti. Dia tidak mahu dituduh nusyuz di mahlamah syariah nanti. Dee membawa dirinya ke bilik sebelah tanpa dipedulikan oleh Anuar. Dia menangis semahunya bila mendengar suara rengekan dan tawa kecil Anuar dengan teman wanitanya. 
            Hari dia akan mengambil tindakan nekad, dia akan melarikan dirinya dari neraka hidup ini. Namun dia tidak punya arah tujuan kemana. Untuk kembali kepada keluarganya, terasa malu yang amat sangat. Sememangnya itulah yang dinantikan oleh keluarganya, kehancuran rumahtangganya. Dee tahu emak dan ayahnya akan tetap menerimanya malah mungkin akan merasa lega dengan keputusannya. Namun buat masa sekarang, dia belum mahu kembali kepada mereka, bukan masanya lagi.
            Dee terus memandu keretanya ke tempat kerja seperti biasa. Ketika dia keluar dari rumah tadi, Anuar masih tidur dengan teman wanitanya. Hancur luluh hatinya mengenangkan perbuatan Anuar. Dia tidak sanggup lagi untuk menempuhi hidupnya bersama lelaki itu. Dee membawa bersama serba sedikit pakaiannya dan nekad tidak akan kembali ke rumah itu lagi. Dee juga telah mengambil gambar Anuar bersama teman wanitanya yang masih tidur di atas katil. Ia mungkin boleh dijadikan bahan bukti sekiranya dia mengambil keputusan untuk membuat laporan di pejabat agama nanti.
            Namun dia belum dapat membuat keputusan untuk melarikan diri ke mana. Kepada siapa harus dia minta pertolongan. Buntu. Dee sampai ke pejabat seperti biasa namun sesiapa sahaja yang melihatnya dapat meneka dia dalam kesengsaraan. Matanya yang bengkak akibat menangis semalaman, tidak dapat disembunyikan apabila dia membuka kaca mata hitamnya.
            “Ya Allah! Dee what happened?” tanya Liza, kawan sepejabatnya.
            Dee hanya diam. Airmatanya mengalir tanpa dipinta. Liza mendekatinya sambil memegang bahu Dee.
            “Anuar buat hal lagi ke?”
            “I dah fed up! I nak lari! Tolong I Liza. I dah tak tahan dengan dia!” Dee menjawab terputus-putus menahan sebak.
            “Apa pula kali ni, Dee? Dia ambil dadah lagi atau dia ambil duit kau?”
            “Dia bawa perempuan ke rumah dan tidur dengan perempuan tu, di depan mata aku!!!” Dee menjawab tanpa reda esakannya.
            “Ya Allah! Apa nak jadi dengan jantan tu!!!” Kata Liza hampir menjerit. Geram dia memikirkan kelakuan Anuar. Selama ini Liza sememangnya tahu masalah Dee dengan Anuar. Lelaki itu sudah melampau!
            “So sekarang apa kau nak buat?” Liza bertanya.
            “Aku dah nekad. Aku nak lari dari rumah, tapi aku tidak tahu nak kemana. Tolong aku Liza.” Ujar Dee.
            “Hmmm….nanti aku fikirkan jalan. Kau ada sesiapa yang boleh bantu kau? Aku rasa lebih baik kau ambil cuti dua tiga minggu. Pergilah jauh dari sini, tapi sebelum tu aku rasa lebih baik buat laporan ke pejabat agama.” Liza memberikan cadangan.
            Dee hanya mengangguk kepalanya tanda bersetuju dengan cadangan Liza. Dee mengisi borang cuti dan terus berjumpa dengan Pengurusnya. Tanpa banyak soal, Puan Rafida, Pengurusnya terus meluluskan permohonan cutinya kerana dia juga seperti Liza tahu mengenai masalah rumahtangga Dee.
            Selepas mendapat kelulusan untuk bercuti, dia terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan serta membuat laporan polis dan kemudiannya memfailkan kesnya di pejabat agama Pulau Pinang. Setelah semuanya selesai, barulah dia sedar yang dia masih tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri atau setidak-tidaknya untuk tidur malam itu. Paling penting dia tidak mahu berada di pulau itu lagi. Dia mahu membawa dirinya jauh. Jauh dari Anuar, lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya.
            Dee terus memandu keluar dari Pulau Pinang, entah kemana arah tujuannya. Utara atau selatan? Tiba-tiba dia teringatkan Razlan, sepupu Badrul yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya. Mahukah Razlan membantunya? Apakah Razlan berdendam dengannya?