Wednesday 30 May 2012

Published....

My long awaiting novel....Dapatkan di kedai buku atau pesan terus di
http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=211


PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya penerbitan novel sulong saya ini menjadi kenyataan. Anugerah Kasih merupakan percubaan pertama saya di dalam menulis novel. Suatu garapan yang jujur dan berani mengenai isu hubungan sejenis yang dianggap “taboo" oleh masyarakat Melayu Malaysia. Walau bagaimanapun, ianya merupakan suatu realiti yang selalunya dilindung daripada pendedahan umum. Saya berharap agar pembaca dapat menerima persoalan serta isu ini dengan minda yang terbuka dan tidak lagi menghukum mereka yang terlibat tanpa cuba untuk memahami situasi sebenar.
Hanya kekuatan diri melalui iman sahaja yang dapat merawat kecelaruan minda di dalam isu hubungan sejenis . Mendekatkan diri dengan Allah adalah cara yang terbaik untuk melawan nafsu serta kehendak di luar tabii ini. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada True Wealth Sdn Bhd kerana percaya dan berani mengetengahkan penulis baru seperti saya.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya, Mislia Mokhtar kerana mencetuskan idea untuk saya menulis novel ini, di samping menjadi pengkritik yang setia, juga buat Mariani Abdul Ghani dan Mahani Ahmad di atas dorongan serta sokongan yang tidak pernah putus-putus.
Ucapan syukur ke hadrat Illahi atas anugerah yang tidak ternilai, "my ever sweet loving Sis" , Wan Rafida Wan Hanafiah, terima kasih di atas kasih sayang yang tulus selama ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rozaini Omar, sebagai pengulas dan pengkritik novel “Anugerah Kasih”. Begitu juga buat rakan-rakan “facebook” yang lain kerana telah mewarnakan hidup saya dengan pelangi sepanjang saya menulis novel ini.
Khas buat anak saudara saya, Nurul Izzati Md. Ruslan, terima kasih kerana sentiasa memahami dan memberi sokongan dengan cara tersendiri.
Akhir sekali, terima kasih juga buat sumber inspirasi saya, “Princess”, tanpanya tiadalah “Anugerah Kasih”.