Monday 8 July 2013

PENGHARGAAN - NOVEL BERTAUT KEMBALI

PENGHARGAAN

Ucapan Syukur  kepada Allah S.W.T di atas segala rahmat dan ilham yang dicetuskan semasa menyiapkan novel  ini  serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bertaut Kembali adalah rentetan dari semangat yang menggunung selepas menulis novel pertama berjudul Anugerah Kasih.
Untuk  itu, setinggi-tinggi perhargaan buat sahabat-sahabat semua yang tidak jemu-jemu memberikan  sokongan dan dorongan. Buat sahabat-sahabat yang masih setia dan bertahan di sisi, Mariani Abdul Ghani,  Mislia Mokhtar, dan Adibah Abdul Ghani;
“Terkadang kita lupa bahawa sahabat lama masih ada disisi 
kerana  mereka lebih lama memahami diri kita ini 
kerana mereka lebih lama bertahan dengan karenah kita ini 
begitu juga kerana mereka lebih menghargai kasih persahabatan ini
Teristimewa buat adik tersayang, Wan Rafida Wan Hanafiah;
Seperti selalu 
kini kita punya masa bersama lagi
 
menitip kembali rasa yang melangkaui masa ,
namun tetap sama…
 terima kasih kerana masih mengasihi 
 masih mengingati 
 masih punya masa  untuk bersama 
 seperti dulu 
 seperti selalu 
 seperti biasa…

Tidak lupa juga, penghargaan yang istimewa buat  Zuhana Zainol Abidin dan Salmiza Mansur di atas semangat serta kepercayaan  untuk saya menulis lagi.
Akhir sekali, buat sahabat –sahabat  “facebook” yang sentiasa memberi sokongan, terutamanya di dalam  grup  “Mee Kari Ah Huat”, “Kerabu Food Celoteh - (KFC)” dan “St. Nicholas Convent, Alor Setar”.