Tuesday 19 March 2013

Bertaut Kembali...novel ke 2


Baru dapat emel dr publisher, novel Bertaut Kembali dah selesai fasa pertama editing.

Sinopsis:

Lima tahun Puteri Nur Dania cuba untuk pertahankan rumahtangganya dengan  Anuar, namun dia sudah tidak mampu lagi. Anuar pilihan hatinya ternyata jauh dari apa yang ditunjukkan. Nia menjadi mangsa penderaan mental dan fizikal Anuar. Dia kemudiannya lari mencari Razlan, mentornya dahulu untuk menyelamatkan diri. Razlan yang sememangnya menaruh hati pada Nia tidak mahu melepaskan pelaung kedua ini.

“Puteri! You sepatutnya cari I the first time he hit you! Sudahlah semuanya sudah tertulis."

Razlan menjadi pelindung Nia di dalam menyelesaikan kemelut rumahtangganya, sehingga sanggup di belasah oleh Anuar. Apabila Anuar di tahan, Razlan merasakan kasihnya telah bertaut kembali namun dikejutkan dengan berita Nia mengandung. Ternyata Razlan tidak dapat menerima anak kandungan Nia itu.

 “Lan… Kalau Lan sayang dia, cintakan dia, Lan mesti terima segalanya tanpa syarat. Takkan Lan nak suruh Nia buang kandungan tu. Haram, Lan.”

Satu lepas satu dugaan yang mereka hadapi selepas itu. Syarul, pekerja Razlan yang obses dengannya cuba membunuh Nia kerana cemburu. Tidak cukup dengan itu, Nia dikejutkan dengan pengakuan Sheila yang pernah  mempunyai hubungan dengan Razlan sehingga melahirkan anak luar nikah, bernama Aleesa.

“Razlan! Aku bukan nak duit kau, aku cuma nak kau mengaku dia anak kau dan jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang bapa!”

Apakah benar Aleesa anak Razlan dan dapatkah Nia  menerima Aleesa? Apa pula yang terjadi kepada Syarul? Lalu apakah cinta mereka bertaut kembali hanya untuk sementara sahaja atau untuk selamanya?