Thursday 3 November 2016

EMEL UNTUK BOBOY





Sinopsis penuh
Setelah hampir lima belas tahun terpisah, Boboy bertemu kembali dengan Nenek Saudaranya, Nek Su. Pertemuan itu membawa Boboy kepada rangkaian kiriman emel-emel oleh Nek Su untuknya yang menceritakan segala apa yamg sebearnya berlaku hampir lima belas tahun dahulu. Nek Su kemudiannya menyerahkan tanggungjawab dan amanah yang besar kepada Boboy.
Ia juga menemukan Boboy dengan Alisa, amak Tok Man, iaitu abang Nek Su. Mereka bersama mengurai cerita Nek Su dan cuba untuk merapatkan kembali tali kekeluargaan. Boboy dan Alisa dari dua buah keluarga yang telah bersengketa sekian lama, mula mengorak langkah bersama. Semasa bersama Alisa timbul bibit percintaam di antara mereka. Namun Acunya yang masih tidak dapat menerima Nek Su dan Tok Man, menghalang hubungan mereka.
Dalam masa yang sama, Boboy cuba untuk membawa Nek Su kembali ke rumahnya dan ditentang keras oleh Acunya sehingga menyebabkan kematian Nek Su. Ia juga membawa Boboy dan Alisa kepada sebuah beg kepunyaan Nek Su yang penuh dengan kejutan. Bobboy kemudiannya menjadi obses dengan Nek Su sehingga nampak perubahannya yang ketara.
Dalam pada itu, Abang Carl, anak sahabat Nek Su muncul dan cuba memikat Alisa. Keluarga Carl dulunya rapat dengan keluarga Alisa. Ini menambahkan keyakinan Carl untuk mendapatkan Alisa, namun dia sedar ada saingan.
Alisa menghadapi tekanan dan halangan daripada keluarga Boboy teruatam Acunya, yang tidak mahu melihat mereka berdua bersama atas alasan mereka ada ikatan kekeluargaan. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, Alisa membawa diri bagi mencari kepastian dengan meninggalkan pesanan, “Dia yang memberi rasa ini. Dia juga yang berhak untuk menentukan haluannya.” 





Penghargaan
Terima kasih Allah SWT atas anugerah dan dugaan yang telah diberikan. Sesungguhnya banyak yang perlu saya syukuri sebagai hambaNya.
Setinggi-tinggi perhargaan saya kepada semua sahabat-sahabat serta keluarga yang banyak membantu dan memberi semangat kepada saya, terutamanya buat Siti Rahmah Tajuddin, Adibah Abdul Ghani dan Aslinda Salleh Khan yang banyak membantu dari pelbagai segi di dalam memudahkan urusan seharian saya semasa saya di dalam “kegelapan”.
Teristimewa buat jiran saya, Puan Jasmina Jaafar sekeluarga yang telah menjaga saya sepanjang saya “bertapa” untuk menyiapkan novel ini.  Juga buat anak saudara saya, Fatin Aleesya, terima kasih kerana selalu menceriakan hidup ini. 
Tidak lupa juga buat Hanilis yang telah menjadi penyunting dan pengkritik secara sukarela.
Akhir sekali, buat YM Tengku Intan Fadzillah sekeluarga, terima kasih atas inspirasi dan perhatian yang diberikan.
Semoga kehidupan kalian semua di rahmati Allah.