Thursday, 23 August 2012

Syahdunya Lebaran Ini

Syahdunya Lebaran

Lebaran kali ini
 membawa kembali
 suatu rasa
 suatu makna
 yang telah lama hilang

Lebaran kali ini
  terasa nikmatnya
  terasa bahagia
  yang telah kembali
 
Syahdunya lebaran kali ini
 bila terasa dikasihi
 setulusnya
 bila terasa dihormati
 seikhlasnya

Syahdunya lebaran kali ini
 bila tiada keperitan lagi
 bila tiada sengsara lagi
 semuanya telah berlalu
 segalanya telah berakhir

Lantas lebaran ini
 kusambut dengan kesyukuran
 kusambut bersama mereka
 yang masih utuh kasihnya
 yang masih setia bersama
 lalu
 terasa bahagianya
 terasa bermakna
 syahdunya lebaran ini …

Saturday, 28 July 2012

Dimana boleh dapat "Anugerah Kasih"?

Ada yang bertanya di mana mereka boleh dapatkan novel "Anugerah Kasih" ini. Buat masa sekarang ianya boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH (cawangan terpilih sahaja). Selain daripada itu, anda boleh mendapatkannya secara online di:

1. http://www.mphonline.com
2. http://www.bookplanet.com.my
ATAU
membeli terus daripada saya.
Caranya:

Sila bank-in  RM34.90 (RM29.90 harga buku +RM5.00 postage) ke akaun

 

i-  152095637208    Nama NURUL IZZATI MD RUSLAN

atau 


ii-  02011020932306  Nama Nor Azman Noordin 


Selepas bank in tlg inbox kan address dan no. tel.
serta nama utk autograf ke 
azian.writes@gmail.com 
atau 
mesej ke  019 -4140064

Sokongan anda amat dihargai.


Tuesday, 10 July 2012

ANUGERAH KASIH Book Talk 8/7/12



The audience starts gathering...



Thanks to all of you....




A dream came true. My first novel and my first "Book Talk".

Wednesday, 13 June 2012

Author's Talk..

Anugerah Kasih Author's Talk slot has been confirmed. Below are the details:

Date : 08th July 2012
Day : Sunday
Time : 3.00 pm to 4.00 pm
Venue : MPH One Utama

All are invited!!!

Wednesday, 30 May 2012

Published....

My long awaiting novel....Dapatkan di kedai buku atau pesan terus di
http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=211


PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya penerbitan novel sulong saya ini menjadi kenyataan. Anugerah Kasih merupakan percubaan pertama saya di dalam menulis novel. Suatu garapan yang jujur dan berani mengenai isu hubungan sejenis yang dianggap “taboo" oleh masyarakat Melayu Malaysia. Walau bagaimanapun, ianya merupakan suatu realiti yang selalunya dilindung daripada pendedahan umum. Saya berharap agar pembaca dapat menerima persoalan serta isu ini dengan minda yang terbuka dan tidak lagi menghukum mereka yang terlibat tanpa cuba untuk memahami situasi sebenar.
Hanya kekuatan diri melalui iman sahaja yang dapat merawat kecelaruan minda di dalam isu hubungan sejenis . Mendekatkan diri dengan Allah adalah cara yang terbaik untuk melawan nafsu serta kehendak di luar tabii ini. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada True Wealth Sdn Bhd kerana percaya dan berani mengetengahkan penulis baru seperti saya.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya, Mislia Mokhtar kerana mencetuskan idea untuk saya menulis novel ini, di samping menjadi pengkritik yang setia, juga buat Mariani Abdul Ghani dan Mahani Ahmad di atas dorongan serta sokongan yang tidak pernah putus-putus.
Ucapan syukur ke hadrat Illahi atas anugerah yang tidak ternilai, "my ever sweet loving Sis" , Wan Rafida Wan Hanafiah, terima kasih di atas kasih sayang yang tulus selama ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rozaini Omar, sebagai pengulas dan pengkritik novel “Anugerah Kasih”. Begitu juga buat rakan-rakan “facebook” yang lain kerana telah mewarnakan hidup saya dengan pelangi sepanjang saya menulis novel ini.
Khas buat anak saudara saya, Nurul Izzati Md. Ruslan, terima kasih kerana sentiasa memahami dan memberi sokongan dengan cara tersendiri.
Akhir sekali, terima kasih juga buat sumber inspirasi saya, “Princess”, tanpanya tiadalah “Anugerah Kasih”.