Baru dapat
emel dr publisher, novel Bertaut Kembali
dah selesai fasa pertama editing.
Sinopsis:
“Puteri! You
sepatutnya cari I the first time he hit you! Sudahlah semuanya sudah
tertulis."
Razlan menjadi
pelindung Nia di dalam menyelesaikan kemelut rumahtangganya, sehingga sanggup
di belasah oleh Anuar. Apabila Anuar di tahan, Razlan merasakan kasihnya telah
bertaut kembali namun dikejutkan dengan berita Nia mengandung. Ternyata Razlan
tidak dapat menerima anak kandungan Nia itu.
“Lan… Kalau Lan sayang dia,
cintakan dia, Lan mesti terima segalanya tanpa syarat. Takkan Lan nak suruh Nia
buang kandungan tu. Haram, Lan.”
Satu lepas satu dugaan yang
mereka hadapi selepas itu. Syarul, pekerja Razlan yang obses dengannya cuba membunuh
Nia kerana cemburu. Tidak cukup dengan itu, Nia dikejutkan dengan pengakuan
Sheila yang pernah mempunyai hubungan dengan Razlan sehingga melahirkan
anak luar nikah, bernama Aleesa.
“Razlan! Aku bukan nak duit kau,
aku cuma nak kau mengaku dia anak kau dan jalankan tanggungjawab kau sebagai
seorang bapa!”
Apakah benar Aleesa anak Razlan dan dapatkah Nia menerima Aleesa?
Apa pula yang terjadi kepada Syarul? Lalu apakah cinta mereka bertaut
kembali hanya untuk sementara sahaja atau untuk selamanya?
No comments:
Post a Comment