Tuesday, 19 March 2013

Bertaut Kembali...novel ke 2


Baru dapat emel dr publisher, novel Bertaut Kembali dah selesai fasa pertama editing.

Sinopsis:

Lima tahun Puteri Nur Dania cuba untuk pertahankan rumahtangganya dengan  Anuar, namun dia sudah tidak mampu lagi. Anuar pilihan hatinya ternyata jauh dari apa yang ditunjukkan. Nia menjadi mangsa penderaan mental dan fizikal Anuar. Dia kemudiannya lari mencari Razlan, mentornya dahulu untuk menyelamatkan diri. Razlan yang sememangnya menaruh hati pada Nia tidak mahu melepaskan pelaung kedua ini.

“Puteri! You sepatutnya cari I the first time he hit you! Sudahlah semuanya sudah tertulis."

Razlan menjadi pelindung Nia di dalam menyelesaikan kemelut rumahtangganya, sehingga sanggup di belasah oleh Anuar. Apabila Anuar di tahan, Razlan merasakan kasihnya telah bertaut kembali namun dikejutkan dengan berita Nia mengandung. Ternyata Razlan tidak dapat menerima anak kandungan Nia itu.

 “Lan… Kalau Lan sayang dia, cintakan dia, Lan mesti terima segalanya tanpa syarat. Takkan Lan nak suruh Nia buang kandungan tu. Haram, Lan.”

Satu lepas satu dugaan yang mereka hadapi selepas itu. Syarul, pekerja Razlan yang obses dengannya cuba membunuh Nia kerana cemburu. Tidak cukup dengan itu, Nia dikejutkan dengan pengakuan Sheila yang pernah  mempunyai hubungan dengan Razlan sehingga melahirkan anak luar nikah, bernama Aleesa.

“Razlan! Aku bukan nak duit kau, aku cuma nak kau mengaku dia anak kau dan jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang bapa!”

Apakah benar Aleesa anak Razlan dan dapatkah Nia  menerima Aleesa? Apa pula yang terjadi kepada Syarul? Lalu apakah cinta mereka bertaut kembali hanya untuk sementara sahaja atau untuk selamanya?

Thursday, 14 February 2013

Dah ada di National Library Singapore

Novel Anugerah Kasih sudah terdapat di National Library Singapore. Alhamdulillah...dah menyeberang Tambak...





Anugerah kasih / Noorazian Noordin.

Author: Noorazian Nordin, 1966-
Publisher: [Selangor] : Anggun Publishing, 2012.
ISBN: 9789675428968 (pbk.)
Format: Book
Physical Description: 299 p. ; 18 cm.

Library


Ang Mo Kio Public library








Bukit Batok Public Library




Bedok Public Library




Bishan Public Library




Bukit Merah Public Library




Bukit Panjang Public Library




Choa Chu Kang Public Library




Central Public Library




Clementi Public Library




Cheng San Public Library




Geylang East Public Library




Jurong Regional Library



Jurong West Public Library




Marine Parade Public Library




Pasir Ris Public Library




Queenstown Public Library




Sembawang Public Library




Sengkang Public Library




Serangoon Public Library



Toa Payoh Public Library




Tampines Regional Library




Woodlands Regional Library




Yishun Public Library



Thursday, 31 January 2013

Novel ke 3 - FRAUD

Hari terakhir bulan Januari 2013. Dah mula tulis novel ke3, tapi agak slow sikit. Mencari-cari cerita dan bahan yang sesuai.

"Fraud".

"Fraud" di dalam kehidupan.
"Fraud" di dalam percintaan.
"Fraud" di dalam pekerjaan.
"Fraud" di dalam persabahatan.
Lalu, apa lagi yang tinggal di dalam kehidupan ini?

Monday, 31 December 2012

Mengatur kembali...

...mengatur kembali hidup ini
setelah kulalui segalanya
setelah kuharungi semuanya
kepayahan
keperitan
yang bukan pilihan
bukan juga impian.

...namun itulah suratan
seandainya
aku bisa luruskan kembali jalanan dulu
tiada yang akan kubetulkan
kerana
segala yang dulu
telah menghidupkan hari ini.

...aku tidak mahu
meminta yang lebih
hanya
aturkan kembali hidup aku
di dalam keredaanMu.

...naz_jtb...
Oriental Village
Langkawi

Saturday, 29 December 2012


Dapatkan Novel ANUGERAH KASIH di sini:

Kedai Buku Banggol
S.S Mubaruk & Brothers (M) Sdn Bhd
Pustaka Mukmin (Putrajaya)
Academic Book Avenue
TanjungMas Bookcentre (PJ) Sdn Bhd:eBooks @ Giant Mall Kota Damansara
TanjungMas Bookcentre (PJ) Sdn Bhd:eBooks @ Giant Mall Kelana Jaya
TanjungMas Bookcentre (PJ) Sdn Bhd:eBooks @ Giant Bandar Puteri Puchong
Buku Buku (IP0373783-W)
Nile Readers Bookstore Enterprise
TanjungMas Bookcentre (PJ) Sdn Bhd:Chapter One Bookstore
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Library Services (S) Pte Ltd
Pustaka Mukmin
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Kinta City (KC)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Mahkota Parade (MP)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Giant Senawang (GS)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Taman Universiti (TU)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Tesco Sungai Petani (TSP)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Jusco Seremban (JS2)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Johor Bahru City Square (JBCS)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH The Spring (SPR)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Aeromall Senai (AMS)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH SACC Mall (SACC)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Subang Parade (SP)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Alpha Angle (AA)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Mid Valley (MV)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Taman Maluri (TM)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Alamanda Putrajaya (AP)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Giant Stadium Shah Alam (GSSA)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH Bukit Raja (BR)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH 1 Utama (1U)
MPH Bookstores Sdn Bhd:MPH The Curve (TC)


Wednesday, 19 December 2012

Langkawi 16th Dec - 18th Dec 2012 - 2nd Issue Food

Food. My favourite subject.

Sampai malam tu kami makan di Restoran Hj Ramli Pantai Cenang. Food ok harganya hmm boleh la for seafood.

Pagi esok kami breakfast dekat area Apartment Lagenda tu. Dah la tengok lauknya sedih bukan main. Ada nasi goreng sikit, mi goreng, nasik lemak lauk dia pula tinggai kuah cabai, masak sardin ada 3 ekoq. So kami ambik la nasi lemak dgn sardin 2 pinggan, nasi dgn kuah cabai tu 2 pinggan n mi goreng satu dgn ayaq. Dahla nak panggey kira pun dekat 10 kali baru nak mai. Dengan berkalkulator yang besaq tu, tauke tu tekan2 dia bg tau RM24.20....Mak ai.....lauk pun x dak, nasi pun semua setengah. Bila soh dia kira lain, dia tekan2 lagi kalkulator tu jadilah RM22.00

Tengah hari lepas di alun ombak masa Island Hopping terus ke kedai depan Underwater World. Nama kedai tu Harum Aroma Cafe. Tengok dari luaq nampak promosing. So dengan laparnya, aku masuk dan nak ambik nasi. Tengok nasi dalam bekas tu dah nak abis, so aku buka bekas lagi satu. X dan nak buat apa, staf kat situ mai terus cakap dgn kasarnya "Tu...ambik yang sana dulu..." Teruih dia tutup bekas tu. Sabaq....aku lapaq ni so ambikla nasi dgn ikan bakaq sekoq. Member2 yg lain pun beratoq ambik nasi. Baru saja habis ambik nasi tu, dengaq staf dia kata dengan kasaq "P depan ...P depan.... p kira dekat depan dulu..." Budak tu pun mai dekat aku tanya dah kira, aku jawab tak. Dia kata "P kira dulu..." Belahlah...aku lapaq. bukannnya aku x nak bayaq. So aku buat bodo makan saja.
Actually, memang tauke kedai dengan semua stafnya so DAMN RUDE!!! Semua org yang makan di situ mesti keluaq dgn muka masam. Ada satu family tu kena caj mahal, tauke tu cuma jawab "macam tu lah...lebih kurang kira halallah"... Huh kalau macam tu sapa nak halalkan. Dengan gaya gengster. Inilah kedainya.

Malam tu pulak dah letih sangat kami makan KFC. No complain.

Pagi esoknya, pagi2 cari kedai nasi kandar. The best service in town. Org melayu jgn jeles dgn mamak, belajaq cara dan sistem kedai mamak. Makan ok harga pun ok. Kenyang,



Makan tengahhari tempat yang dulu2 aku selalu p. Dekat area Bayas. Nama kedai HBL Food Corner. Makanan sini sedap, murah, tempat bersih. Lepas ambik makan ada org mai kira dekat meja. And the best thing is free drink refill.


Lagi satu best dekat sini, ada Aiskrim Goreng,.....sedapppp...



Aiskrim Goreng Perisa Vanilla.....



Langkawi Trip 16/12 - 18/12 (1st Issue- Accomnocation)

A business plus pleasure trip, kalau tak memang tak p la masa cuti sekolah ni. Ambik feri jam 6 petang and before that dah buat booking utk accomodation and transport.
Booked at Lagenda Apartment, memang tau yang tu building lama. Tapi x kisahlah sebab dulu2 dah pernah duduk di sana. So I imagine it'll be old saja, not knowing the dissapointment we're going to have. Bila sampai   nak ambik kereta, they change from ISAWARA to MYVi, so no complain. Drove to Lagenda tu kena fon the owner for the keys.
Bila masuk saja dalam apartment 6105  tu...... perrgggghhhh....busuk....hapakkkkkk..... paling menggelikan the toilet.... well see for youself...













Since we all check in dah lewat, so I waited for the next morning to complain to Mr. Rani. He said he'll get the housekeeper to clean and freshen the unit. Tapi....Hammmmppeeeehhhhhhh....bila balik malam tu still tha same..... Dah la mahal.... Mr Rani weeeiiiiiiiii.. your unit is not suitable for the kambing pun tau...... But then just to be fair... we left quite a good mess for your housekeeper to clean up.....
We don't mind old buat keep clean. Macam Twins Peaks....their building are old too but then it's clean...
Ok...ini baru accomodation...nanti sembang pasai food pulak (my fevret subjek)....