Wednesday, 27 April 2011

Anugerah Kasih Bab 16

“Hmmm….macam ada udang di sebalik batu je. Cakap betul-betullah Raiyan” Ujar Dee.
“Ok, let me tell the truth. I nak kenalkan Badrul dengan mak you. Mana tau kalau-kalau dia berkenan buat menantu.” Jawab Raiyan mula menyakat.
Kali ini Dee mencengkam lengan Raiyan tanpa melepaskannya. Raiyan mengerutkan mukanya menahan kesakitan sambil cuba untuk menepis tangan Dee.
“Aduh! Aduh! Dee sakit ni, janganlah I bergurau saja. Aduh! Tolonglah sakit ni”  Raiyan merayu.
“Ha….padan muka! Pandai-pandai nak recommend dengan mak pula. Tak payah nak bawa mak segala….” Bantah Dee dengan jarinya masih di lengan Raiyan.
“Ok….ok…..Aduh! Sakit Dee, you ni kejamlah. Tolong lepas, you sedar tak semua orang dalam kopitiam ini sedang pandang kita” Kata Raiyan sambil mengangkat tangan Dee.           
Dee ketawa tetapi tersedar apabila melihat sekeliling. Memang betul kata Raiyan, semua orang di dalam kopitiam itu sedang memandang mereka. Aduh! Malu juga Dee ketika itu. Namun dia puas hati kerana dapat menyakitkan Raiyan walaupun dia tahu Raiyan kesakitan. Dee berpaling semula kepada Raiyan dan melihat Raiyan masih menggosok-gosok lengannya.
Terasa simpati, secara spontan Dee mengosok-gosok lengan Raiyan. Agak kasar tindakannya tadi, kasihan Raiyan. 

Tuesday, 26 April 2011

Anugerah Kasih Bab 15

Sebaik sahaja selepas sarapan, tiba-tiba loceng rumah Raiyan berbunyi. Ada tamu di luar rumah. Raiyan menjenguk melalui tingkap dan kelihatan sepupunya Badrul tersengih-sengih di pintu pagar. Badrul berkeja di Kuala Lumpur dan bila ada kelapangan pasti berkunjung ke rumah Raiyan.
            “Hmmmm……Bad, masuklah” Kata Raiyan sambil membuka pintu.
            “Hai Raiyan! Nak pergi mana ni?” Tanya Bad apabila dia nampak Raiyan sudah bersiap untuk keluar.
            “Ini, nak hantar kawan. Ha… Bad, ini Dee, Nurul Idayu. Dee, ini sepupu Raiyan Badrul. Dia kerja kat Kuala Lumpur.” Kata Raiyan mengenalkan Dee kepada Badrul.
            “Hai Dee!” Kata Badrul tanpa menghulurkan tangan.
            “Hai!” Jawan Dee ringkas.
            “Ermmm! Kerja dengan Raiyan ke?” Tanya Badrul sengaja membuka topik perbualan.
            “A’a….tapi Dee di Jelapang. Raiyan di Ipoh.” Terang Dee.
            Raiyan tersenyum melihat mereka berdua. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mendekatkan Dee dengan Badrul. Ya! Suatu idea yang bagus. Kenapa tidak? Badrul masih belum berpunya walaupun sudah berusia awal tigapuluhan. Amat sesuai dengan dengan Dee yang baru sahaja mengenal dunia.

Anugerah Kasih Bab 14

Secara jujurnya, Dee juga sayangkan Raiyan. Dia sedar Raiyan telah banyak membuka matanya untuk melihat kehidupan. Banyak yang dipelajarinya daripada Raiyan. Dia juga menjadi rindu sekiranya Raiyan tidak menghubunginya. Oleh itu sekiranya Raiyan tidak menelefon atau menghantar mesej kepadanya, Dee pula akan menghubungi Raiyan .
            Begitulah rapatnya perhubungan mereka berdua sejak beberapa bulan ini, selepas pulang dari Langkawi. Setiap minggu ada saja aktiviti mereka berdua. Bagi Dee, Raiyan adalah seorang kawan yang amat mengerti dirinya. Raiyan memberikannya kebebasan untuk bersuara dan paling penting menjadi dirinya sendiri. Lebih dari itu, Raiyan telah memberikan satu dimensi baru di dalam hidupnya.
            Esok hari lahir Raiyan dan mereka akan keluar makan. Dee berkira-kira hadiah apa yang patut diberikan kepada Raiyan. Dia tahu Raiyan boleh mendapatkan apa sahaja yang diingininya. Dee ingin menghadiahkan Raiyan sesuatu yang akan diingatnya seumur hidup.
* * * * *

Dee amat teruja dengan kerja barunya. Dia akan memulakan langkah pertama di dalam kerjayanya. Dee amat berterima kasih kepada Raiyan. Segala keperluannya di ambil kira oleh Raiyan. Dia tidak perlu risaukan apa-apa selagi Raiyan bersamanya. Dia punya Raiyan sekarang. Segala masalah, suka dan dukanya, akan dikongsi bersama Raiyan.
Mereka tiba di Jelapang jam sepuluh setengah pagi. Raiyan terus mengenalkan Dee kepada Pengurus cawangan di situ. Pekerja-pekerja di situ kelihatan tertanya-tanya siapa Dee sebenarnya. Kebanyakkan perkerja di situ adalah warga tempatan dan terdapat beberapa orang warga asing yang bekerja. Dee tidak memperdulikan warga-warga asing itu. Dia hanya menumpukan perhatian kepada tugas barunya.
Dia berjanji kepada dirinya untuk bekerja keras supaya tidak mengewakan Raiyan. Kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh Raiyan amat dihargainya. Seumur hidup Dee, tidak pernah ada sesiapa yang melayannya sebegitu rupa. Seumur hidupnya juga, Dee tidak pernah berjumpa dengan orang yang seunik Raiyan. Unik! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan peribadi Raiyan.

Monday, 25 April 2011

Anugerah Kasih Bab 13

 Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana Raiyan sedang berperang dengan dirinya, melawan gelojak nafsunya. Entah kenapa Dee juga menjadi begitu manja dengan dia. Mungkin suasana di pantai itu juga mempengaruhi perasaan Dee. Raiyan jadi bungkam apabila tiba-tiba sahaja Dee mencium pipinya.
            “Thanks Raiyan! This is the most beautiful sunset yang Dee pernah tengok.” Bisik Dee ke telinganya.
            Ketika itu mahu sahaja dia mengucup bibir Dee, ingin sekali dia merasai nikmat itu. Raiyan terpaku di situ, terlalu takut untuk bergerak walau seincipun, jantungnya berdegup kencang. Akal warasnya terus memberi ingatan, imannya yang senipis kulit bawang mengingatkannya kepada dosa. Dia berperang  di antara perasaan dan realiti. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia merangkul Dee waktu itu. Namun realitinya Dee pasti menolak. Realitinya, ciuman Dee hanya sekadar tanda terima kasih. Realitinya, Dee seorang wanita yang normal!
* * * * *

            “Thank you! Thank you very much! You’re the best thing that had ever happen to me! I really enjoyed this trip!” terdengar suara Dee.
            “Anything for you my Princess! I’ll do anything for you, except die!” Raiyan menjawab sambil mencuit hidung Dee.
            “Isy! Kenapa nak cakap pasal mati? “ Protes Dee.
            “Goodnight Princess!!!” Raiyan mengucap selamat malam.
            “Ok. Selamat malam Raiyan” Terdengar suara Dee di hujung telinga Raiyan.

Anugerah Kasih Bab 12

Dee tahu Raiyan kesunyian, tambahan lagi dia baru kehilangan bapanya. Sebagai kawan Dee cuba untuk menggembirakan Raiyan. Namun apa yang dilihat di hari kematian bapa Raiyan sedikit sebanyak membuatkan dia tidak selesa. Bukan dia tidak nampak gelagat kakak Raiyan yang memerhatikan tajam dirinya dari jauh.
                    Dari raut wajah kakak Raiyan, terpampar rasa tidak senang hati apabila Raiyan melayannya hari itu. Dee terasa ada yang tidak kena di antara Raiyan dengan kakaknya. Kenapa kakak Raiyan berkelakuan begitu? Apa masalah Raiyan sebenarnya? Ingin sekali Dee menanyakan kepada Raiyan.
                    Dee mengambil keputusan untuk bertanyakan Raiyan petang nanti. Walaupun Dee tidak memberi persetujuan untuk keluar dengan Raiyan, Dee tahu Raiyan akan tetap datang untuk menjemputnya. Dia tidak kisah, malah merasa seronok untuk menghabiskan waktunya bersama Raiyan.

* * * * *
                    “Raiyan ada masalahkah dekat rumah? Boleh I tahu?” Dee mula bertanya.
                    “Tak ada apalah. Nothing serious! Don’t worry.” Raiyan cuba menutup masalahnya.
                    “Hah! Adalah tu. Itulah, you selalu sangat keluar dengan I. I dah agak isu ini akan timbul. Bagi tahulah Raiyan.” Protes Dee.
                                         “Ok. Memang ada isu you and I  di rumah, tapi it’s not a problem. It’s my life Dee. Macam I kata, I bukan budak-budak. Please I don’t want to discuss further. It’s not a problem. Believe me”  Roy mengakhiri perbualan itu.
                        Walaupun Dee tidak berpuashati dengan penjelasan Raiyan, dia mendiamkan diri kerana tidak mahu berselisih faham dengan Raiyan. Dia tidak mahu menjadi punca kemarahan Raiyan.

Anugerah Kasih Bab 11

Raiyan merasa bernasib baik kerana semasa dia kecewa, ada kawan sepejabat yang amat perihatin dengannya. Kepada dialah Raiyan mencurahkan segala perasaan marah dan dendamnya. Zatie, merupakan pekerja bawahannya yang paling rapat dengan Raiyan. Entah mengapa selepas kecewa, Zatielah yang menemaninya kemana-mana. Perlahan-lahan dia dapat melupakan luka akibat cintanya. Perlahan-lahan juga Zatie telah mengambil tempat dihatinya yang sunyi.
                    Bagi Raiyan, lebih mudah untuk menjalin hubungan dengan wanita lain. Raiyan mula melayan Zatie dengan istimewa sekali. Walaupun Zatie kurang cantik tetapi dia pandai mengambil hati Raiyan. Tanpa disedari Raiyan mula membelanjakan wangnya hanya untuk menarik perhatian Zatie. Apa sahaja yang diminta, pasti Raiyan akan tunaikan. Ternyata Zatie bijak bermain perasaan dengan Raiyan sehingga Raiyan hanya menuruti kehendaknya.

Anugerah Kasih Bab 10

Bukannya dia tidak pernah menyintai lelaki sebelum ini. Namun dua orang lelaki yang pernah singgah di hatinya ternyata dayus. Ini membuatkan dia amat membenci lelaki. Bagi Raiyan lelaki hanya boleh di layan sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Cinta pertama pada seorang lelaki yang pernah bekerja satu pejabat dengannya.
                    Ketika itu, Amir baru sahaja bekerja sebagai pelukis grafik di tempat kerja Raiyan. Entah mengapa dia merasakan Amir mula memberikan perhatian kepadanya. Mereka berdua selalu menjadi bahan sindiran kawan-kawan sepejabat. Bermula dengan kekerapan bertemu di pejabat dan keluar makan bersama-sama maka Raiyan mula menerima Amir di dalam hidupnya.
* * * * *
Ah! Lelaki, kenapa dia ditemukan dengan lelaki-lelaki yang dayus begitu. Ternyata kehadiran dua lelaki itu tidak dapat mewanitakan dirinya, malah telah membuatkan dia membenci lelaki. Sebenarnya Raiyan juga ingin menjadi wanita seperti yang difitrahkan, namun pengalamannya bersama lelaki membuatkan dia menjadi lebih agresif. Dia menutup pintu hatinya kepada lelaki kerana sudah banyak dia melihat kesengsaraan yang dilakukan oleh lelaki.
            Hanya Raiyan amat bersyukur perhubungannya setakat itu sahaja. Tidak dapat dia bayangkan sekiranya salah seorang dari lelaki itu yang menjadi teman hidupnya. Pastinya dia akan masuk kedalam statistik isteri-isteri yang menderita atau didera. Pastinya dia akan menjadi tetamu Mahkamah Syariah seperti beberapa orang kawannya. Memang ada hikmahnya, namun selepas peristiwa itu, dia mula kembali kepada dirinya yang sebenar.

Sunday, 24 April 2011

Anugerah Kasih Bab 9

Seperti selalu, Dee melayan Raiyan dengan manja sekali. Dee mampu membuatkan Raiyan ketawa kembali. Dee tahu apa yang Raiyan perlukan di saat-saat begini. Perhatian dan kasih sayang. Dee melihat Raiyan sebagai seorang kawan yang baik, penyayang tetapi kesepian.
                    Ingin sekali Dee bertanya kisah hidup Raiyan. Dia nampak Raiyan banyak menyimpan rahsia, memendam rasa. Dee juga sedar, adakalanya Raiyan melayan dirinya lebih dari seorang kawan, dan dia merasa begitu istimewa apabila bersama dengan Raiyan. Dia tidak mahu berperasangka buruk terhadap Raiyan. Lagipun tidak mungkin Raiyan sampai ke tahap menyintainya. Ah! Tidak terlintas di fikiran Dee  begitu. Dee yakin Raiyan seorang wanita yang normal, cuma lebih agresif.
                    Mereka pulang agak lewat malam itu. Dee tahu abahnya mesti menunggunya dengan pelbagai soalan. En. Zakri sememangnya amat perihatin dengan gerak geri anak-anaknya. Sebenarnya Dee risau juga apabila mereka lewat, tetapi sebagai seorang anak yang baik, dia telah menghantar mesej kepada abahnya.
                    “Lambatnya balik!” seperti yang dijangka, abahnya bertanya sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumh.
                    “A’a abah. Kesian dekat Raiyan, dia tengah sedih, jadi kami ke Lumut. Itu yang lambat balik. Maaf yer abah.” Dee telah bersedia dengan jawapannya.
                    “Nampaknya kakak rapat sangat dengan Raiyan tu. Jaga-jaga, mak nampak dia macam lelaki. Jangan-jangan…” emaknya bersuara.
                    “Isy! Tak adalah mak. Dia baik. Raiyan tak pernah buat apa-apa dengan kakak. Fizikal dia saja macam tu. Jangan risau lah!  Takkan kakak nak biarkan dia buat perkara tak senonoh macam tu. Lagipun diakan lebih matang dari kakak.” Dee menjawab dengan panjang lebar.
                    “Tak adalah! Kami cuma risau, tengok kakak rapat sangat dengan dia. Abah tengok macam-macam dia dah bagi pada kakak. Jangan sampai terhutang budi.” Abahnya menambah.
                    “Kenapa abah?  Takut tergadai body!!!” Dee cuba berseloroh.
                    “Isy! Budak ni, orang serius, dia main-main pulak!!!” ujar emaknya.

Anugerah Kasih Bab 8

Tiba-tiba Raiyan merasakan dadanya berdegup amat kencang. Dia akan kehilangan bapanya dan pada ketika itu dia sudah tidak dapat menahan airmatanya lagi. Segala kenangan bersama bapanya tiba-tiba menerjah ke dalam fikirannya. Sebagai anak yang bongsu , dia amat rapat dengan bapanya. Raiyan lebih senang untuk berbincang dengan bapanya berbanding ibunya sewaktu muda dahulu.  
            -Princess!!!, Bapa ke ICU, sudah tidak ada harapan lagi!- Raiyan menghantar mesej kepada Dee.
-Ya Allah! Banyak bersabar Raiyan! Ingat, semua tu takdir! Tabahkan hati ya.- Dee membalas.
Hanya itu kekuatan yang ada pada Raiyan sekarang ini, Dee. Dia tahu Dee akan bersama dengannya disaat kesedihan seperti ini. Dia ingin berkongsi suka dan dukanya bersama dengan Dee, orang yang paling istimewa di dalam hidupnya sekarang ini.
* * * * *
Pagi itu, seperti yang dijanjikan, Dee datang menziarah bersama emak dan abahnya. Raiyan menyambut mereka dengan perasaan yang berbaur antara gembira dengan duka. Gembira kerana dapat berjumpa dengan Princessnya, duka mengenangkan kehilangan bapanya.
“Comel Raiyan, pakai baju kurung hari ini” Dee sempat mengusik sambil mengusap bahu Raiyan. Entah mengapa Raiyan merasa perlu untuk membalasnya dengan mengusap pipi Dee pula.
“Ye la, terpaksakan. Raiyan memang tak sukalah pakai baju macam ni.” jawab Raiyan.
“Apa-apapun you nampak comel…..!!! Tapi sabarlah yer!!!” Dee bersuara.
“Acu, siapa ni?” Tanya Jiha, anak buah Raiyan yang berumur 6 tahun.
“Kawan Acu, Princess.” Raiyan terlepas cakap.
“Princess? Hmmmm…..lawa!” Jiha memuji. Dia terus duduk melekat pada Dee sepanjang majlis pengkebumian tersebut. Raiyan semakin sedih apabila melihat keranda bapanya dimasukkan ke dalam van jenazah yang sedang menanti. Di saat itu dia menangis semahunya, biarpun ada yang melarang. Ingatan bahawa itulah langkah terakhir bapanya di dunia ini, menjadikannya sayu. Ah! Tiada siapa yang mengerti hatinya ketika itu.
Raiyan mendapat cuti tiga hari. Dia berasa sunyi dan runsing di rumah. Dia ingin sekali melupakan kesedihannya. Ya! Hanya Dee sahaja yang dapat mengubat hatinya yang sedih itu.

Anugerah Kasih Bab 7

Angin laut Pulau Pinang seakan mengalu-alukan kedatangan mereka. Raiyan sudah mempunyai rancangan yang tersendiri semasa mereka berada di situ. Dia tahu Dee amat suka menonton wayang, lalu dia terus membawa Dee ke pawagam selepas mereka makan tengahari.
Sebelah malam pula mereka keluar makan dan menikmati keindahan pantai Tanjung Bungah. Mereka berbual sehingga larut malam, Dee banyak bercerita tentang dirinya. Inilah peluang Raiyan untuk mengenali Dee dengan lebih dekat lagi. Sekali sekala Raiyan cuba mencungkil rahsia peribadi Dee seperti siapa teman lelakinya. Namun Dee amat pandai mengalih perhatian Raiyan.
“Takkan Dee tidak ada teman lelaki?”  Tanya Raiyan.
“Betul, tak ada, semuanya kawan biasa saja” Dee menjawab sambil senyum.
“Ye la tu! Tak kan lawa macam Dee tak ada yang special!” Raiyan cuba memerangkap.
Dee hanya menjelir lidahnya dan terus bangun dari tempat mereka di tepi pantai itu. Raiyan mengikuti Dee  dari belakang. Dee bermain-main dengan pasir dan kemudian menguis pasir seperti menulis sesuatu.
“Princess Love Raiyan” tertera tulisannya di atas pasir.
“Oh! I’m touched!!!” Kata Raiyan.
* * * * *
Setiap hari minggu seterusnya menjadi kemestian bagi Raiyan dan Dee untuk bertemu dan keluar bersama. Raiyan merasa amat bertuah kerana Dee selalu mempunyai masa untuk menemaninya. Dee merupakan suatu anugerah Tuhan kepadanya.  Ya! Suatu anugerah yang tidak ternilai harganya.
Malam itu seperti biasa selepas mereka keluar menonton wayang dan makan, Raiyan menghantar Dee balik.
“Ok Princess! See you next week!!!”  kata Raiyan semasa memberhentikan keretanya.
“Ok….thank you Raiyan” Kata Dee yang tiba-tiba menghalakan pipinya kepada Raiyan. Secara spontan Raiyan terus menjamah pipi Dee dengan lembut. Dia merasa begitu bahagia sekali dengan layanan Dee. Raiyan tahu Dee dapat menerima dirinya tanpa sebarang prasangka. Hanya dia sahaja yang adakalanya seperti berperang dengan perasaannya.

Anugerah Kasih Bab 6

Sudah hampir dua minggu Dee tiada di pejabat. Rindu Raiyan semakin menebal walaupun hampir setiap hari mereka berhubung melalui telefon. Entah kenapa Dee menjadi penting di dalam hidupnya. Mungkin kerana hidupnya terlalu sepi dan sunyi tanpa orang tersayang. Mungkin juga kerana hatinya terlalu lama tidak dipedulikan oleh sesiapa. Perhatian dan layanan Dee telah menyentuh hatinya yang sangat dalam.
“You’ve touched that special place in my heart, which was long forgotten. You’ve touched that special place in my heart deeply that unlock a special kind of love…and with that my Princess I LOVE YOU!!!”
Raiyan menulis di atas kad yang akan di berikan kepada Dee bersama-sama dengan hadiah perpisahan yang terlupa di belinya tempoh hari. Raiyan telah membeli sepasang telekung bersulam dan bertekad untuk mencari rumah Dee. Dia telah mendapat alamat rumah Dee daripada rekod di bahagian sumber manusia dan akan memberi kejutan kepada Dee esok.

* * * * *
Ah! Biarkan! Kalau dengan menyayangi Dee buat aku bahagia, biarkan. Walaupun untuk sekadar waktu. Raiyan tahu  setakat mana dia sepatutnya menyayangi Dee. Sejarah mungkin berulang kembali namun Raiyan lebih bersedia kali ini.
Raiyan berkira-kira untuk membawa Dee bercuti. Entah kemana dia belum pasti, tetapi dia hanya ingin meluangkan masanya dengan Dee. Kehadiran Dee dalam hidupnya amat bermakna sekali. Entah mengapa kasihnya tertumpah kepada Dee. Entah mengapa Dee menjadi orang penting dalam hidupnya.
Pulau Pinang! Ya, destinasi pelancongan yang indah. Dia ingin mencipta keindahan bersama Dee. Raiyan terus menaip mesej kepada Dee.
- Princess! Hujung minggu depan kita ke Penang ye! - Raiyan tersenyum sendirian.
Seperti biasa selang beberapa minit, telefon Raiyan berbunyi pula. -Penang! Best tu!!! I follow je- tertera mesej dari Dee.
Itu yang paling disukai Raiyan, senang mengajak Dee kemana-mana. Dee mempunyai banyak masa yang terluang untuk menemaninya. Raiyan semakin tidak sabar menanti hujung minggu hadapan.

Anugerah Kasih Bab 5

“Hai Raiyan!!!” terdengar suara manja Dee. Dia terkejut bila melihat Dee terpacul di depan pintu biliknya. “Termenung apa tu?” Dee menyambung.
Dia terkedu melihat Dee yang cantik seperti selalu. Belum sempat dia menjawab terdengar Shahrin bersuara seperti mengejek Dee “Hai Raiyan! Amboi manjanya!”
“Jangan jealouslah! Hai Dee, morning Prin…..” Raiyan terdiam. Dia tersedar dia ingin memanggil Dee dengan nama Princess. Raiyan tidak ingin mereka di pejabat tahu gelaran yang diberikan kepada Dee. Dia tidak mahu mereka mempermainkan panggilan yang dianggap istimewa itu.
“Hampa dua orang ni lain macam saja, lepas balik dari Perlis. Pelik aku tengok!” Kata Shahrin.
“Uisy! Mana ada! Gila ke apa?” bentak Raiyan. Dee tidak menunjukan sebarang reaksi marah, tetapi mencebik mulutnya sambil berjalan menuju ke meja Raiyan.
“Duduklah Dee, biarkan orang tua tu. Mental sikit.” Ujar Raiyan.

* * * * *
“Sedihlah, Nanti my Princess dah nak tinggalkan I.” jawab Raiyan.
Dee terus menghampiri Raiyan dan sambil menggosok-gosok lengan Raiyan berkata “Jangan sedih la Raiyan. Dee janji tidak akan lupakan Raiyan. Bukankah kita dah berjanji nak keluar bersama nanti?”
“Janji…..hmmmmm!!!” kata Raiyan seakan merajuk. “Ok, we’ll see about that. But I’m still sad. It’s just that I’m so happy with you around me. I hate goodbyes” keluh Raiyan. “Kenapalah I baru kenal you, kenapa I tak kenal you masa mula-mula masuk dulu” Tambah Raiyan dengan kesal.
“Jangan macam ni Raiyan, tak baik tau. InsyaAllah! Whatever we had won’t end here! Percayalah.” Kata Dee cuba meyakinkan Raiyan.
Secara spontan Raiyan mengusap pipi Dee dengan penuh kasih sayang. 

Saturday, 23 April 2011

azian writes: Anugerah Kasih......mulanya di sini

azian writes: Anugerah Kasih......mulanya di sini: "Hai, Baru try nak tulis blog pulak. Sebenarnya blog ni di buat khas sebagai pengenalan kepada novel sulong saya yang berjudul Anugerah Kasi..."

Anugerah Kasih Bab 4

           - Kan bagus kalau Dee ada disini dengan kami?.- Raiyan menghantar mesej ringkas kepada Dee       semasa dia keluar makan malam bersama-sama kawan-kawan sepejabat. Dee tidak dapat keluar bersama kerana ada hal keluarga katanya.
- Ala, kan ramai lagi kawan-kawan you kat sana. Siapalah I ni.- Balas Dee.
- Tak sama dengan Dee…- Raiyan menjawab
            - Raiyan rindukan Dee ek?-  terkedu dia dengan soalan itu.
- Adalah juga….! Entah tiba-tiba saja rasa rindu dekat Dee.- Raiyan menaip mesej kepada Dee.
- Ala, nanti kan boleh jumpa lagi. Ok lah I tak nak kacau you. Enjoy yourself. Goodnight! -
           - Ok. Goodnight Princess!!! - balas Raiyan yang tiba-tiba saja memanggil Dee sebagai Princess. Pasti Dee tersenyum membaca pesanan ringkasnya.

* * * * *
“Aduh, teramat kenyanglah Raiyan, rasanya tak dapat nak habiskan kek ni” Dee mengeluh.
Ala sikit saja lagi, habiskan lah” Raiyan memujuk.
“Hmmm…Raiyan sajalah yang habiskan” Dee bersuara manja sambil menghulur sudu untuk menyuap ke mulut Raiyan.
Raiyan tersenyum dan terus menjamah cebisan terakhir kek itu. Itulah sikap Dee yang amat disenangi Raiyan, manja dan bersahaja. Namun ada satu lagi yang amat menyentuh hatinya, Dee rajin bersolat. Sesuatu yang jarang didapati pada anak-anak muda sekarang ini. Nampaknya En, Zakri telah berjaya membekalkan anaknya dengan pendidikan yang cukup. Itulah yang membuatkan Raiyan teringin untuk mendekati Nurul Idayu Binti Hj. Zakri ataupun Dee.

Anugerah Kasih Bab 3

Kedua mereka terus berjalan menuju ke kereta. Dee tertanya-tanya kemana arah tujuan Raiyan. Setelah lima belas minit Raiyan memandu, barulah Dee tahu kemana Raiyan akan membawanya.
“Padang Besar ke?” Tanya Dee meminta kepastian.
“Pandaipun. Alang-alang di Perlis mestilah ke sana. Lagipun mana tahu boleh jual anak dara En. Zakri ni. Lumayan ni….” Raiyan ketawa.
Secepat kilat Dee mencubit lengan Raiyan.
“Aduh! Sakitlah. I mengusik je, Mana berani buat kerja macam tu, nanti mengamuk abah you!!!” kata Raiyan sambil menggosok lengannya.
Begitulah kemesraan mereka yang terjalin selama seminggu itu. Raiyan suka menyakat dan Dee akan membalas dengan cubitan atau setidak-tidaknya menjelir lidah kepada Raiyan. Tinggal seminggu lagi untuk mereka di sana dan dua minggu lagi sehingga Dee tamat latihan praktikalnya.
* * * * *

Telefon Dee berbunyi sebaik sahaja Mereka melangkah masuk ke dalam bilik hotel.
“Assalammualaikum Abah!” Dee menjawab
“Hari ini Raiyan bawa Kakak jalan-jalan di Padang Besar. Letih tapi best!” Raiyan nampak Dee ceria sekali menjawab panggilan abahnya.
“Tak beli apapun, mana ada duit!” Jawab Dee lagi.
“Okay Abah! Asalammualaikum!” Kata Dee sambil mematikan telefon bimbitnya.
“Hahaha…..Abah spot check lagi ye?” Kata Raiyan mengusik.
Dee ketawa sambil menjelirkan lidahnya. Raiyan tersenyum. Ada sesuatu yang menggelodak di dalam dirinya. Pelik!

Friday, 22 April 2011

Anugerah Kasih Bab 2

 Raiyan terlalu khusyuk dengan kerjanya dan terlupa waktu solat Asar, sehinggalah Dee mengingatkannya.
      “Raiyan, Dee nak solat. Jom kita solat sekali. Dah lewat ni!” Ujar Dee.
      Raiyan terkedu! Aduh! Rasa suatu tamparan dari Dee. Sebenarnya Raiyan selalu juga meninggalkan solat. Dia hanya mengerjakan solat apabila ada masa lapang dan kalau di tempat kerja tidak pernah langsung.
      “Ha….ar……Dee pergilah dulu…” Rayan menjawab merasa bersalah.
      Raiyan tersenyum. Dia tahu, dia sepatutnya merasa bersalah kepada Tuhan, bukan kepada Dee. Raiyan meneruskan kerjanya dan hampir sepuluh minit kemudian barulah dia ke surau. Semasa berselisih dengan Dee, Raiyan sempat menjeling melihat wajah Dee yang lembut, bersih dan suci.

* * * * *
 Rayan merenggus. Pantang sekali dia dengan sikap biadap pemandu kereta BMW itu.
“Apa? Dia ingat besar sangatlah kereta dia tu. Aku pun bayar road tax tau!!” Kata Raiyan, marah.
“Raiyan, sabar! Sabar itu separuh dari iman.” Kata Dee sambil menggosok dada Raiyan.
Entah kenapa tiba-tiba hati Raiyan sejuk kembali. Api kemarahannya padam serta merta. Dia memperlahankan keretanya sambil berkata,
“Maaf Dee, I tak boleh kawal my temper.”
 “Huh! Dah tahu tu.” Jawab Dee pendek.
“Ha! Mana you tahu?” Tanya Raiyan, hairan.
Ala! Dah lupa ke you mengamuk dekat ofis hari itu? Habis semua fail-fail you baling! You dah lupa kes penapis air di kedai di Taiping?” Tanya Dee.

Thursday, 21 April 2011

Anugerah Kasih Bab 1 - Highlight


ANUGERAH KASIH
1
Dua minggu di Perlis. Terngiang-ngiang ayat yang terkeluar dari mulut En. Jay, bos di tempat kerjanya. Sebenarnya sudah empat bulan Dee menjalankan latihan praktikal di syarikat tersebut. Ia sebagai latihan untuk memenuhi syarat graduasi supaya dia  layak memegang Ijazah Pengurusan Perniagaan. Dee sedar, dia tiada pilihan melainkan mengikut sahaja arahan En. Jay. Bukan dia tidak mahu mengikut arahan, namun hatinya berat untuk pergi bersama dengan salah seorang kakitangan syarikat tersebut.
“Termenung apa tu?” tegur abahnya
“Abah, minggu depan kakak kena kerja di Perlis. Dua minggu disana.” ujarnya.
“Dah tu? Bukankah kakak masih dalam latihan praktikal, pergi sajalah.” Jawab abahnya tenang. “Pergi dengan siapa? Tinggal di mana?” Tiba-tiba abahnya menambah.
“Hahaha… dah mula polis pencen ni!!!” dia menyakat. “Pergi dengan staf pejabat tu la, nama dia Noraiyana, kami panggil dia Raiyan. Tinggal di hotellah abah.”
Abahnya diam seketika.
“Tapi kakak tak berapa sukalah dengan Raiyan tu, sombong. Kakak pernah tengok dia marah, habis dia mengamuk satu pejabat tu” Dee menambah.
“Biasalah, mana nak dapat orang yang peramah dan penyabar macam anak abah ni!!!” sambut abahnya sambil ketawa besar.

* * * * *
Hampir sejam kemudian barulah Raiyan mendekatinya dan memberitahu mereka akan berangkat ke Perlis. Tiga jam perjalanan dari Bandar Ipoh, entah apa yang akan dibualkannya dengan Raiyan. Mereka terus berjalan ke kereta dan Dee mula terasa berat membawa beg pakaiannya yang agak besar itu. Raiyan dengan spontan saja menyambar beg pakaian Dee dan terus membawanya ke dalam kereta. Dee terkedu lagi, serba salah dibuatnya.
“Terima kasih” ujar Dee sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta.
“No hal lah, kesian tengok tuan punya beg terkial-kial tadi.” Raiyan menyakat lagi.
Dee tersenyum. “Pandai mengusik juga Raiyan ni” kata Dee.
“Kenapa cakap macam tu? Raiyan serius sangat ke?” Tanya Raiyan.
“Entah! Nampak macam serius” jawab Dee dengan ikhlas.
Raiyan tersenyum dan terus memandu sambil membuka radio siaran LiteFM.
“Sorry ye, naik kereta orang tua, kena layan lagu retro la”
“Ok je, Dee layan semua jenis lagu. Lagu-lagu lama ada yang best, tapi jangan yang terlalu lama sudah la” Dee menjawab.
Sepanjang perjalanan mereka ada saja topik perbualan yang dikeluarkan oleh Raiyan. Dari lagu sehinggalah kepada tugasan mereka nanti. Sangkaan Dee meleset sekali. Dia seronok berbual dengan Raiyan yang ternyata pandai berhujah dan bercerita.


Anugerah Kasih......mulanya di sini

Hai,
Baru try nak tulis blog pulak. Sebenarnya blog ni di buat khas sebagai pengenalan kepada novel sulong saya yang berjudul Anugerah Kasih. Manuskrip novel tersebut telah ada dengan penerbit dan sedang dinilai. Harap-harap ianya akan diterbitkan tak lama lagi.
Buat masa sekarang saya akan memberikan sedikt 'highlight' kandungan novel tersebut. Ia akan memaparkan sedikit isi cerita di dalam setiap bab. Semoga dengan adanya blog ini pembaca semua akan berminat untuk mengetahui cerita sepenuhnya dengan membeli novel tersebut.
Ini merupakan percubaan pertama saya menulis novel. Sebelum ini lebih banyak menulis puisi. Well, org kata jiwang....tapi tak kisah. Itulah cara untuk melepaskan perasaan atau menceritakan apa yang dialami atau dilihat sendiri.


ANUGERAH  KASIH


Cinta Raiyan terlarang.
Cinta Dee terhalang
Lalu, kemana mereka membawa cinta?





NOORAZIAN NOORDIN
(C) hakcipta terpelihara



ANUGERAH KASIH


Noraiyana, seorang wanita yang berperawakan agresif bertemu dengan Nurul Idayu Bt. Zakri atau Dee. Perkenalan mereka bermula semasa Dee menjalan latihan praktikal di tempat kerja Raiyan. Raiyan mula merapati Dee yang kemudiannya di panggil Princess. Perhubungan mereka menjadi sangat rapat sehinggakan Raiyan merasakan yang dia telah jatuh cinta dengan Dee, Princessnya.
“I’ll do anything for you, except die!!!” Kata Rayan.
            Adakalanya Raiyan berperang dengan diantara nafsu dan akal warasnya. Dee hampir-hampir terjebak juga, tetapi Raiyan berjaya mengawal nafsunya. Perhubungan Dee dengan Raiyan menjadi isu panas di dalam keluarga masing-masing terutama Raiyan. Raiyan kemudiannya mengenalkan Dee kepada sepupunya Badrul dengan harapan untuk menyatukan mereka.
            Raiyan berharap dengan cara itu, maka dia akan dapat melawan perasaan cintanya kepada Dee. Badrul yang baru sahaja memulakan langkah untuk mengenali Dee, terkejut dengan berita bahawa Dee telah jatuh cinta dengan seorang lelaki pendatang bernama Ammar secara tiba-tiba.
            Kesilapan Dee yang telah bermalam di rumah keluarga Ammar, membuatkan Raiyan dan keluarganya menghalang perhubungan tersebut. Dee membenci Raiyan yang dilihatnya sebagai batu penghalang di dalam hubungannya dengan Ammar. Ammar lelaki pendatang itu menjerat cinta Dee menggunakan ilmu pengasih. Raiyan telah mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkan Dee. Dia juga terpaksa menelan segalan kebencian Dee kerana kasihnya yang terlalu dalam.
            Raiyan yang pada mulanya tidak percaya dengan ilmu-ilmu ghaib, menukar fikirannya setelah mendapat pertolongan Pak Raof.
“Raiyan, yang menyembuhnya adalah Allah! Bukan saya, jangan sampai terpesong ya”  Pak Raof mengingatkan Raiyan.
Dee kemudiannya mula menerima Raiyan kembali kerana Raiyan berjanji untuk menemukan dia dengan Ammar. Namun semasa pertemuan itu, Ammar telah ditangkap dan menghadapi tuduhan mengedar dadah.
            “Sabarlah Princess! I tau berat dugaan hidup you ni, tapi percayalah Allah menduga sekadar yang kita mampu. I tau you’re tough! Kita balik ya”
            Pak Raof kemudiannya menyempurnakan pengubatannya dan Dee bagai tersedar dari mimpi buruk. Dee menjadi risau kerana dia telah terlanjur dengan Ammar. Namun Raiyan pandai mengatur langkah, meminta Badrul untuk menerima Dee. Badrul yang sememangnya ada hati dengan Dee bersetuju. Disaat-saat kebahagian Princessnya, suatu tragedi berlaku di hari persandingan antara Dee dengan Badrul.