Sebaik sahaja selepas sarapan, tiba-tiba loceng rumah Raiyan berbunyi. Ada tamu di luar rumah. Raiyan menjenguk melalui tingkap dan kelihatan sepupunya Badrul tersengih-sengih di pintu pagar. Badrul berkeja di Kuala Lumpur dan bila ada kelapangan pasti berkunjung ke rumah Raiyan.
“Hmmmm……Bad, masuklah” Kata Raiyan sambil membuka pintu.
“Hai Raiyan! Nak pergi mana ni?” Tanya Bad apabila dia nampak Raiyan sudah bersiap untuk keluar.
“Ini, nak hantar kawan. Ha… Bad, ini Dee, Nurul Idayu. Dee, ini sepupu Raiyan Badrul. Dia kerja kat Kuala Lumpur .” Kata Raiyan mengenalkan Dee kepada Badrul.
“Hai Dee!” Kata Badrul tanpa menghulurkan tangan.
“Hai!” Jawan Dee ringkas.
“Ermmm! Kerja dengan Raiyan ke?” Tanya Badrul sengaja membuka topik perbualan.
“A’a….tapi Dee di Jelapang. Raiyan di Ipoh.” Terang Dee.
Raiyan tersenyum melihat mereka berdua. Tiba-tiba dia mendapat idea untuk mendekatkan Dee dengan Badrul. Ya! Suatu idea yang bagus. Kenapa tidak? Badrul masih belum berpunya walaupun sudah berusia awal tigapuluhan. Amat sesuai dengan dengan Dee yang baru sahaja mengenal dunia.
No comments:
Post a Comment