ANUGERAH KASIH
1
Dua minggu di Perlis. Terngiang-ngiang ayat yang terkeluar dari mulut En. Jay, bos di tempat kerjanya. Sebenarnya sudah empat bulan Dee menjalankan latihan praktikal di syarikat tersebut. Ia sebagai latihan untuk memenuhi syarat graduasi supaya dia layak memegang Ijazah Pengurusan Perniagaan. Dee sedar, dia tiada pilihan melainkan mengikut sahaja arahan En. Jay. Bukan dia tidak mahu mengikut arahan, namun hatinya berat untuk pergi bersama dengan salah seorang kakitangan syarikat tersebut.
“Termenung apa tu?” tegur abahnya
“Abah, minggu depan kakak kena kerja di Perlis. Dua minggu disana.” ujarnya.
“Dah tu? Bukankah kakak masih dalam latihan praktikal, pergi sajalah.” Jawab abahnya tenang. “Pergi dengan siapa? Tinggal di mana?” Tiba-tiba abahnya menambah.
“Hahaha… dah mula polis pencen ni!!!” dia menyakat. “Pergi dengan staf pejabat tu la, nama dia Noraiyana, kami panggil dia Raiyan. Tinggal di hotellah abah.”
Abahnya diam seketika.
“Tapi kakak tak berapa sukalah dengan Raiyan tu, sombong. Kakak pernah tengok dia marah, habis dia mengamuk satu pejabat tu” Dee menambah.
“Biasalah, mana nak dapat orang yang peramah dan penyabar macam anak abah ni!!!” sambut abahnya sambil ketawa besar.
* * * * *
Hampir sejam kemudian barulah Raiyan mendekatinya dan memberitahu mereka akan berangkat ke Perlis. Tiga jam perjalanan dari Bandar Ipoh, entah apa yang akan dibualkannya dengan Raiyan. Mereka terus berjalan ke kereta dan Dee mula terasa berat membawa beg pakaiannya yang agak besar itu. Raiyan dengan spontan saja menyambar beg pakaian Dee dan terus membawanya ke dalam kereta. Dee terkedu lagi, serba salah dibuatnya.
“Terima kasih” ujar Dee sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta.
“No hal lah, kesian tengok tuan punya beg terkial-kial tadi.” Raiyan menyakat lagi.
Dee tersenyum. “Pandai mengusik juga Raiyan ni” kata Dee.
“Kenapa cakap macam tu? Raiyan serius sangat ke?” Tanya Raiyan.
“Entah! Nampak macam serius” jawab Dee dengan ikhlas.
Raiyan tersenyum dan terus memandu sambil membuka radio siaran LiteFM.
“Sorry ye, naik kereta orang tua, kena layan lagu retro la”
“Ok je, Dee layan semua jenis lagu. Lagu-lagu lama ada yang best, tapi jangan yang terlalu lama sudah la” Dee menjawab.
Sepanjang perjalanan mereka ada saja topik perbualan yang dikeluarkan oleh Raiyan. Dari lagu sehinggalah kepada tugasan mereka nanti. Sangkaan Dee meleset sekali. Dia seronok berbual dengan Raiyan yang ternyata pandai berhujah dan bercerita.
No comments:
Post a Comment