“Thanks Raiyan! This is the most beautiful sunset yang Dee pernah tengok.” Bisik Dee ke telinganya.
Ketika itu mahu sahaja dia mengucup bibir Dee, ingin sekali dia merasai nikmat itu. Raiyan terpaku di situ, terlalu takut untuk bergerak walau seincipun, jantungnya berdegup kencang. Akal warasnya terus memberi ingatan, imannya yang senipis kulit bawang mengingatkannya kepada dosa. Dia berperang di antara perasaan dan realiti. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia merangkul Dee waktu itu. Namun realitinya Dee pasti menolak. Realitinya, ciuman Dee hanya sekadar tanda terima kasih. Realitinya, Dee seorang wanita yang normal!
* * * * *
“Thank you! Thank you very much! You’re the best thing that had ever happen to me! I really enjoyed this trip!” terdengar suara Dee.
“Anything for you my Princess! I’ll do anything for you, except die!” Raiyan menjawab sambil mencuit hidung Dee.
“Isy! Kenapa nak cakap pasal mati? “ Protes Dee.
“Goodnight Princess!!!” Raiyan mengucap selamat malam.
“Ok. Selamat malam Raiyan” Terdengar suara Dee di hujung telinga Raiyan.
No comments:
Post a Comment