Tiba-tiba Raiyan merasakan dadanya berdegup amat kencang. Dia akan kehilangan bapanya dan pada ketika itu dia sudah tidak dapat menahan airmatanya lagi. Segala kenangan bersama bapanya tiba-tiba menerjah ke dalam fikirannya. Sebagai anak yang bongsu , dia amat rapat dengan bapanya. Raiyan lebih senang untuk berbincang dengan bapanya berbanding ibunya sewaktu muda dahulu.
-Princess!!!, Bapa ke ICU, sudah tidak ada harapan lagi!- Raiyan menghantar mesej kepada Dee.
-Ya Allah! Banyak bersabar Raiyan! Ingat, semua tu takdir! Tabahkan hati ya.- Dee membalas.
Hanya itu kekuatan yang ada pada Raiyan sekarang ini, Dee. Dia tahu Dee akan bersama dengannya disaat kesedihan seperti ini. Dia ingin berkongsi suka dan dukanya bersama dengan Dee, orang yang paling istimewa di dalam hidupnya sekarang ini.
* * * * *
Pagi itu, seperti yang dijanjikan, Dee datang menziarah bersama emak dan abahnya. Raiyan menyambut mereka dengan perasaan yang berbaur antara gembira dengan duka. Gembira kerana dapat berjumpa dengan Princessnya, duka mengenangkan kehilangan bapanya.
“Comel Raiyan, pakai baju kurung hari ini” Dee sempat mengusik sambil mengusap bahu Raiyan. Entah mengapa Raiyan merasa perlu untuk membalasnya dengan mengusap pipi Dee pula.
“Ye la, terpaksakan. Raiyan memang tak sukalah pakai baju macam ni.” jawab Raiyan.
“Apa-apapun you nampak comel…..!!! Tapi sabarlah yer!!!” Dee bersuara.
“Acu, siapa ni?” Tanya Jiha, anak buah Raiyan yang berumur 6 tahun.
“Kawan Acu, Princess.” Raiyan terlepas cakap.
“Princess? Hmmmm…..lawa!” Jiha memuji. Dia terus duduk melekat pada Dee sepanjang majlis pengkebumian tersebut. Raiyan semakin sedih apabila melihat keranda bapanya dimasukkan ke dalam van jenazah yang sedang menanti. Di saat itu dia menangis semahunya, biarpun ada yang melarang. Ingatan bahawa itulah langkah terakhir bapanya di dunia ini, menjadikannya sayu. Ah! Tiada siapa yang mengerti hatinya ketika itu.
Raiyan mendapat cuti tiga hari. Dia berasa sunyi dan runsing di rumah. Dia ingin sekali melupakan kesedihannya. Ya! Hanya Dee sahaja yang dapat mengubat hatinya yang sedih itu.
No comments:
Post a Comment