Thursday 30 November 2017

EMEL UNTUK BOBOY

Hampir setahun lamanya menmeypi diri dari blog ini. Banyak yang berlaku di dalam menghadapi hidup ini.

Hampir setahun juga menanti kelahiran Novel "Emel Untuk Boboy" ini. Banyak rintangan yang di hadapi di dalam menyiapkan novel ini. Banyak juga rintangan yang di hadapi untuk menrbitkannya sehinggakan saya mengambil keputusan untuk menerbitkannya sendiri.

Dugaan paling hebat semasa menulis novel ini adalah saya mengalammi masalah mata kesan akibat diabetes. Namun begitu saya gagahkan juga untuk menghabiskan novel ini. It is written with love and tears.

Dugaan datang lagi apabila dijanjikan oleh penerbit untuk menerbitknannya pada bulan May lalu, namun akhirnya terkubur begitu sahaja. Saya menmcari penerbit baru namun kebanyakan penerbit kini lebih mengutamaan "self-publishing" kerana tidak mahu menanggung risiko.

Maka dengan itu saya mengambil keputusan untuk betul-betul "self publish"

TERIMALAH NOVEL "EMEL UNTUK BOBOY"






BOLEH DAPATKAN TERUS DARI SAYA:

HARGA RM 29.90
POS : RM    6.00 Semenanjung
           RM 12.00 Sabah/Sarawak
PM : 011 1441 3321

Sunday 4 December 2016

Bukan tak sayang

(Salute to Tun M)

Bukan tak sayang
tapi kalian terus menyimpang
bukan nasib bangsa yang dijuang
Sudahlah,
cukup cukuplah
kalian momokkan kami
persendakan kami
digula gula bagai anak tadika
Kami bukan bodoh
seperti penjawat menteri
ini zaman teknologi IT
kebenaran sukar di sembunyi.

Bukan kami tidak kasih
namun kalian yang menyisih
lagak bagai semua suci bersih.
Jangan marah bila kami berpaling
bila kata dan tindak kalian
tidk seiring
kami masih tidak buta
kami merasa getirnya

Kerana kasih
kerana sayang
kami berpalinng untuk berjuang
semoga bangsa tidak terbuang.
Sefiraun dia sezalim dia
kita nikmati bekas tangannya
tanpa agenda atau muslihat
dia ternyata hebat
Apa yang kalian buat?
Apa yang kami dapat?
Dibumi sendiri seolah merempat.

Kerana kasih
kerana sayang
dia menegur dalam ruang
namun dia kalian buang
kerana tuanya tidak dipandang.
Lalu
kalian tambah gelarannyn
menjadi pengkhianat bangsa
dan kamipun berkhianat bersamanya.
Dia saja harapan kami
berjuang untuk pribumi
tanpa agenda tersembunyi
bukan untuk legasi.

Kerana kasih

Kerana sayang
tuanya masih berjuang
ke hulu ke hilir dia bertandang.
Tiada yang lain mahunya
hanya memperkasa bangsa
bukan juga untuk warisnya
hanya ingin bangsa terbela.
Dia yang kami kasih
dia yang kami sayang
kami akan turut berjuang
Melayu tak akan hilang
Pribumi akan terus gemilang!

Noorazian Noordin
3/12/16
#azianwrites

Thursday 3 November 2016

EMEL UNTUK BOBOY





Sinopsis penuh
Setelah hampir lima belas tahun terpisah, Boboy bertemu kembali dengan Nenek Saudaranya, Nek Su. Pertemuan itu membawa Boboy kepada rangkaian kiriman emel-emel oleh Nek Su untuknya yang menceritakan segala apa yamg sebearnya berlaku hampir lima belas tahun dahulu. Nek Su kemudiannya menyerahkan tanggungjawab dan amanah yang besar kepada Boboy.
Ia juga menemukan Boboy dengan Alisa, amak Tok Man, iaitu abang Nek Su. Mereka bersama mengurai cerita Nek Su dan cuba untuk merapatkan kembali tali kekeluargaan. Boboy dan Alisa dari dua buah keluarga yang telah bersengketa sekian lama, mula mengorak langkah bersama. Semasa bersama Alisa timbul bibit percintaam di antara mereka. Namun Acunya yang masih tidak dapat menerima Nek Su dan Tok Man, menghalang hubungan mereka.
Dalam masa yang sama, Boboy cuba untuk membawa Nek Su kembali ke rumahnya dan ditentang keras oleh Acunya sehingga menyebabkan kematian Nek Su. Ia juga membawa Boboy dan Alisa kepada sebuah beg kepunyaan Nek Su yang penuh dengan kejutan. Bobboy kemudiannya menjadi obses dengan Nek Su sehingga nampak perubahannya yang ketara.
Dalam pada itu, Abang Carl, anak sahabat Nek Su muncul dan cuba memikat Alisa. Keluarga Carl dulunya rapat dengan keluarga Alisa. Ini menambahkan keyakinan Carl untuk mendapatkan Alisa, namun dia sedar ada saingan.
Alisa menghadapi tekanan dan halangan daripada keluarga Boboy teruatam Acunya, yang tidak mahu melihat mereka berdua bersama atas alasan mereka ada ikatan kekeluargaan. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, Alisa membawa diri bagi mencari kepastian dengan meninggalkan pesanan, “Dia yang memberi rasa ini. Dia juga yang berhak untuk menentukan haluannya.” 





Penghargaan
Terima kasih Allah SWT atas anugerah dan dugaan yang telah diberikan. Sesungguhnya banyak yang perlu saya syukuri sebagai hambaNya.
Setinggi-tinggi perhargaan saya kepada semua sahabat-sahabat serta keluarga yang banyak membantu dan memberi semangat kepada saya, terutamanya buat Siti Rahmah Tajuddin, Adibah Abdul Ghani dan Aslinda Salleh Khan yang banyak membantu dari pelbagai segi di dalam memudahkan urusan seharian saya semasa saya di dalam “kegelapan”.
Teristimewa buat jiran saya, Puan Jasmina Jaafar sekeluarga yang telah menjaga saya sepanjang saya “bertapa” untuk menyiapkan novel ini.  Juga buat anak saudara saya, Fatin Aleesya, terima kasih kerana selalu menceriakan hidup ini. 
Tidak lupa juga buat Hanilis yang telah menjadi penyunting dan pengkritik secara sukarela.
Akhir sekali, buat YM Tengku Intan Fadzillah sekeluarga, terima kasih atas inspirasi dan perhatian yang diberikan.
Semoga kehidupan kalian semua di rahmati Allah.




Wednesday 10 August 2016

GLAM GRAND REUNION EX SNC

GLAM GRAND REUNION
EX St. NICHOLAS CONVENT
ALOR SETAR

THE REGENCY HOTEL
6th AUGUST 2016





Saturday 7 May 2016

83 Ex SNC Reunion

Majlis Reunion Ex-St. Nicholas Convent, Alor Setar
di Hotel StarCity Alor Alor Setar, Kedah pada 30hb April 2016


  The Gang...once upon a time

 























Bergambar bersama YTM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz, Tunku Panglima Besar Kedah. (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Keda.

Wednesday 4 May 2016

Setakat ini saja...

bila
rindu tidak bersambut
aku jadi sedar
segalanya telah berlalu
bila
fitrah diri jadi ukuran
dijadikan alasan
aku semakin sedar
bicara kita telah lama hambar
lantas
setakat ini sajalah
cerita kita
sekadar itu sajalah
kasih kita
walau berabad lamanya
lalu
aku sedar
aku sudah tidak punya
siapa-siapa
Azian
01/05/16