Sunday 4 December 2016

Bukan tak sayang

(Salute to Tun M)

Bukan tak sayang
tapi kalian terus menyimpang
bukan nasib bangsa yang dijuang
Sudahlah,
cukup cukuplah
kalian momokkan kami
persendakan kami
digula gula bagai anak tadika
Kami bukan bodoh
seperti penjawat menteri
ini zaman teknologi IT
kebenaran sukar di sembunyi.

Bukan kami tidak kasih
namun kalian yang menyisih
lagak bagai semua suci bersih.
Jangan marah bila kami berpaling
bila kata dan tindak kalian
tidk seiring
kami masih tidak buta
kami merasa getirnya

Kerana kasih
kerana sayang
kami berpalinng untuk berjuang
semoga bangsa tidak terbuang.
Sefiraun dia sezalim dia
kita nikmati bekas tangannya
tanpa agenda atau muslihat
dia ternyata hebat
Apa yang kalian buat?
Apa yang kami dapat?
Dibumi sendiri seolah merempat.

Kerana kasih
kerana sayang
dia menegur dalam ruang
namun dia kalian buang
kerana tuanya tidak dipandang.
Lalu
kalian tambah gelarannyn
menjadi pengkhianat bangsa
dan kamipun berkhianat bersamanya.
Dia saja harapan kami
berjuang untuk pribumi
tanpa agenda tersembunyi
bukan untuk legasi.

Kerana kasih

Kerana sayang
tuanya masih berjuang
ke hulu ke hilir dia bertandang.
Tiada yang lain mahunya
hanya memperkasa bangsa
bukan juga untuk warisnya
hanya ingin bangsa terbela.
Dia yang kami kasih
dia yang kami sayang
kami akan turut berjuang
Melayu tak akan hilang
Pribumi akan terus gemilang!

Noorazian Noordin
3/12/16
#azianwrites

No comments:

Post a Comment