1
Tahun
ini adalah tahun ke lima
Iqram bekerja di CSB Textile. Lima
tahun jugalah dia menempuh pelbagai dugaan dan cabaran di sini. Begitu juga,
sudah hampir lima
tahun dia menganyam kasih dengan Izzah. Iqram amat bersyukur kerana Izzah
menerima dia seadanya. Susuk badan Iqram yang agak besar selalu membuatkan dia
merasa rendah diri apabila berhadapan dengan wanita. Namun Izzah tidak kisah,
Iqram tahu Izzah juga menyintainya.
Banyak
yang Iqram korbankan supaya dapat bersama dengan Izzah. Tidak sedikit
perbelanjaan keluarga Izzah yang ditanggungnya, memandangkan mereka berasal
dari keluarga petani di sini. Apa sahaja kesusahan yang dirungutkan oleh Izzah,
akan diselesaikan oleh Iqram. Segalanya untuk Izzah.
Iqram
jugalah yang menaikkan kedudukan Izzah dari seorang juruwang menjadi salah
seorang kerani di bawah seliaannya. Memang ada suara-suara sinis yang didengari
tetapi di biarkan sahaja. Kalau diikutkan, memanglah Izzah tidak mempunyai
apa-apa kelayakan untuk jawatan itu. Namun begitu, Iqram pandai memainkan
peranannya di dalam meyakinkan Mr. Arun untuk mengambil Izzah di dalam bahagian
pentadbiran, dekat dengan Iqram.
Persahabatan
Iqram dengan Muey dan Junaidi juga semakin erat. Biasanya mereka berempat akan
keluar makan bersama-sama. Banyak perkara yang mereka lakukan bersama. Muey
sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Malang sekali, suaminya meninggal dunia
ketika tahun pertama mereka bekerja. Ajo pula masih bujang tetapi sudah
mempunyai seorang kekasih, Ima namanya.
Sejak
kebelakangan ini Iqram sedar ada sesuatu yang disembunyikan oleh Jamie dengan
Mr. Arun. Dari cara pertuturan mereka berdua serta gerak badan, Iqram
mengesyaki mereka berdua sedang bercinta. Manakan tidak, apabila berjalan asyik
bersendeng, bergurau asyik bertampar dan jelingan yang melirik dapat
menggambarkan perasaan mereka. Apa yang menjengkelkan Iqram adalah, kedua-dua
mereka telah berkeluarga, masing-masing sudah mempunyai anak.
“Muey,
kau nampak tak Jamie dengan bos, lain macamlah.” Iqram memulakan siatannya.
“Betul
tu! Aku pun nampak lain!” Tiba-tiba Ajo mencelah.
“Aiya!
Ajo you inikan…Iqram tak tanya you pun.”
“Hahaha…dah
memang betul aku nampak…siap bagi flying kiss lagi”
“Iqram…aku
tak tahulah…aku tak berani nak cakap sebab tak nampak betul-betul depan mata.”
Jawab Muey berhati-hati.
“Hmm…tak
apalah…kita tengok dulu.”
Malam
itu setelah selesai kerja, Iqram sengaja menunggu di kawasan parkir. Dia ingin
melihat dengan mata kepalanya sendiri. Ada
staf jualan yang memberitahu Iqram, mereka nampak Mr. Arun berpimpinan tangan
di kawasan parkir selepas waktu kerja. Seperti yang dijangka, Iqram nampak
Jamie berpaut di lengan Mr. Arun semasa mereka berjalan. Gembira sekali
nampaknya mereka berdua. Bagaikan dunia ini milik mereka.
Tiba-tiba
kelihatan Mr Arun melepaskan tangan Jamie dan terus berjalan
meninggalkannya. Seketika kemudian
sebuah kereta menghampiri mereka. Kereta suami Jamie rupanya. Jamie terus
membuka pintu kereta dan berkata sesuatu kepada suaminya. Kelihatan kereta itu
terus berlalu. Iqram melihat mereka berdua ketawa sambil Mt. Arun memeluk
pinggang Jamie.
“Ah! Dayus sungguh Jefri! Sanggup
membiarkan isterinya dengan lelaki lain.” Kata Iqram menggerutu.