Boboy bertemu kembali dengan Nek Su yang terpusah
sekian lama akibat pertelingkahan keluarga mereka. Pertemuan itu membawa Boboy
kepada rangkaian kiriman emel-emel oleh Nek Su untuknya yang menceritakan segala
apa yamg sebearnya telah berlaku hampir lima belas tahun dahulu. Ia juga
menemukan Boboy dengan Alisa, amak Tok Man, iaitu abang Nek Su. Mereka bersama
mengurai cerita Nek Su dan cuba untuk merapatkan kembali tali kekeluargaan.
Semasa bersa,a Alisa timbul bibit percintaam di
antara mereka. Acunya yang masih tidak dapat menerima Nek Su dan Tok Man,
menghalang hubungan mereka. Dalam pada itu, Abang Carl, anak sahabat Nek Su
muncul dan cuba memikat Alisa. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, Alisa membawa
diri bagi mencari kepastian.
“Dia yang memberi rasa ini. Dia juga yang berhak
untuk menentukan haluannya.”