Sinopsis
penuh
Setelah hampir lima belas tahun terpisah, Boboy
bertemu kembali dengan Nenek Saudaranya, Nek Su. Pertemuan itu membawa Boboy
kepada rangkaian kiriman emel-emel oleh Nek Su untuknya yang menceritakan
segala apa yamg sebearnya berlaku hampir lima belas tahun dahulu. Nek Su
kemudiannya menyerahkan tanggungjawab dan amanah yang besar kepada Boboy.
Ia juga menemukan Boboy dengan Alisa, amak Tok Man,
iaitu abang Nek Su. Mereka bersama mengurai cerita Nek Su dan cuba untuk
merapatkan kembali tali kekeluargaan. Boboy dan Alisa dari dua buah keluarga
yang telah bersengketa sekian lama, mula mengorak langkah bersama. Semasa
bersama Alisa timbul bibit percintaam di antara mereka. Namun Acunya yang masih
tidak dapat menerima Nek Su dan Tok Man, menghalang hubungan mereka.
Dalam masa yang
sama, Boboy cuba untuk membawa Nek Su kembali ke rumahnya dan ditentang keras
oleh Acunya sehingga menyebabkan kematian Nek Su. Ia juga membawa Boboy dan
Alisa kepada sebuah beg kepunyaan Nek Su yang penuh dengan kejutan. Bobboy
kemudiannya menjadi obses dengan Nek Su sehingga nampak perubahannya yang
ketara.
Dalam pada itu,
Abang Carl, anak sahabat Nek Su muncul dan cuba memikat Alisa. Keluarga Carl
dulunya rapat dengan keluarga Alisa. Ini menambahkan keyakinan Carl untuk
mendapatkan Alisa, namun dia sedar ada saingan.
Alisa menghadapi
tekanan dan halangan daripada keluarga Boboy teruatam Acunya, yang tidak mahu
melihat mereka berdua bersama atas alasan mereka ada ikatan kekeluargaan. Untuk
tidak mengeruhkan keadaan, Alisa membawa diri bagi mencari kepastian dengan
meninggalkan pesanan, “Dia yang memberi rasa ini. Dia juga yang berhak untuk
menentukan haluannya.”
Penghargaan
Terima kasih Allah
SWT atas anugerah dan dugaan yang telah diberikan. Sesungguhnya banyak yang perlu
saya syukuri sebagai hambaNya.
Setinggi-tinggi
perhargaan saya kepada semua sahabat-sahabat serta keluarga yang banyak
membantu dan memberi semangat kepada saya, terutamanya buat Siti Rahmah
Tajuddin, Adibah Abdul Ghani dan Aslinda Salleh Khan yang banyak membantu dari
pelbagai segi di dalam memudahkan urusan seharian saya semasa saya di dalam
“kegelapan”.
Teristimewa buat jiran saya, Puan Jasmina Jaafar sekeluarga yang
telah menjaga saya sepanjang saya “bertapa” untuk menyiapkan novel ini. Juga buat anak saudara saya, Fatin Aleesya,
terima kasih kerana selalu menceriakan hidup ini.
Tidak lupa juga buat Hanilis yang telah menjadi penyunting dan pengkritik secara sukarela.
Akhir sekali, buat YM Tengku Intan
Fadzillah sekeluarga, terima kasih atas inspirasi dan perhatian yang diberikan.
Semoga
kehidupan kalian semua di rahmati Allah.