Sunday, 16 February 2014

Sekitar "Book Talk" @ Subang Parade 15th Feb. 2014




 My Dearest Friend Zuhana.... Thank You!!!

 Welcome True Wealth Team....!!! Thank You for your support!!!

 Nervous!!! Hahaha....


Puan Azlynn Azizi took part in reading one of the chapter in Bertaut Kembali

 Another participant during my Book Talk

 Thank you very much for the support!!!

 Thank you my Friends!!!

Thank You Zue n Family for the continous support! 

Thursday, 23 January 2014

Maafkan Aku.

Mak,
maaf aku tak bisa bertahan lagi
bila mereka berpaling tadah
bila mereka mula berhelah
bila mereka memijak maruah
kesabaran aku jadi tipis
sedaya aku cuba menepis
namun
hati ini semakin terhiris.

Mak,
maaf aku tak bisa bertahan lagi
meskipun aku tahu 
kau ingin pejamkan mata terakhirmu disini
segalanya telah berakhir
namun
jangan kau khuatir
kami akan sentiasa di sisi
kerana
sebenarnya kaulah harta kami
dan selebihnya 
Mak ampunkan aku.

naz_jtb
23/01/14


Tuesday, 7 January 2014

BERTAUT KEMBALI - AUTHOR'S BOOK TALK





You're cordially invited to my Author's Book Talk on my novel


BERTAUT KEMBALI


organised by my publisher True Wealth Sdn Bhd.


DATE : 15th February 2014


TIME  : 2.00 pm to 4.00 pm


VENUE: MPH SUBANG PARADE


SEE YOU THERE!!!


Anda semua di jemput hadir!!!

Saturday, 16 November 2013

BERTAUT KEMBALI....PUBLISHED...!!!


At last dah published and stok dah sampai...kalau nak boleh beli terus...
Call 019-4140064
Harga RM 19.90 + Pos RM 5.00
Sila  bank in RM 24.90 ke 
CIMB ACC. 5577565400171132 NAMA NOORAZIAN

NOORDIN

ATAU

MAYBANK ACC. 152023317091 NAMA FATIN NADIAH NOR

AZMAN. TQ....



Description: 
Novel ini mengisahkan tentang Puteri Nur Dania atau Nia, yang nekad untuk melarikan diri setelah bertahun-tahun terpenjara dalam neraka ciptaan suaminya. Dalam kekeliruan mencari hala tuju, Nia menemui sirna apabila Razlan, mentor akrabnya sewaktu zaman universiti dahulu menyambut baik kehadirannya. Di saat Raz merasakan cintanya bertaut kembali, Anuar dibebaskan dari penjara dan memburu Nia yang menyebabkannya meringkuk di sana. Dalam pada mereka cuba melepaskan diri daripada dendam Anuar, Anis yang selama ini merasakan Raz miliknya pula merancang pembunuhan Nia. Musibah menimpa mereka berdua dan tiba-tiba, muncul Aleesya dalam hidup mereka. Siapakah Aleesya? Terlepaskah Nia daripada cengkaman Anuar? Berjayakah Anis merampas Raz daripada Nia? Apakah cinta Raz yang layak bergelar bapa Nia bertaut kembali pada akhirnya? Ikuti kisah selanjutnya dalam Bertaut Kembali.

Tarikan Jualan :
Plot cerita digarap dengan baik, kisah dendam dan percintaan yang penuh dengan konflik serta boleh mengundang rasa ingin tahu pembaca. Membawa pembaca menelusuri gambaran kehidupan seorang wanita, mangsa penganiayaan seorang suami serta percintaan yang penuh dengan liku. .
Plot cerita digarap dengan baik, mempunyai unsur-unsur fiksyen sains, suspense dan thriller yang boleh mengundang rasa ingin tahu pembaca.

Membawa pembaca menelusuri gambaran kehidupan realiti masa kini dan hakikat sebenar sebuah kehidupan.

Thursday, 24 October 2013