...akulah
tangan ghaib itu
yang menyelongkar rahsia hidupmu
yang membongkar keserakahanmu
keterlanjuranmu
kemungkaran itu
namun
bukan kerana dendam
hanya sisa kasih yang hampir padam.
...akulah
tangan ghaib itu
yang cuba memadam titik hitam
di kanvas kehidupanmu
yang masih menjaga keaibanmu
yang masih mahu melindungimu
tidak pernah ada dendam
hanya sisa kasih yang hampir padam.
...itulah aku
tangan ghaib
yang tidak akan kau tahu
yang tidak akan kau hargai
yang tidak akan menyentuhi
kehidupanmu lagi!
...naz_jtb...
22hb Dec 2011