Thursday, 22 December 2011

Akulah...



...akulah
tangan ghaib itu 
yang menyelongkar rahsia hidupmu
yang membongkar keserakahanmu
keterlanjuranmu
kemungkaran itu
namun
bukan kerana dendam
hanya sisa kasih yang hampir padam.

...akulah 
tangan ghaib itu
yang cuba memadam titik hitam
di kanvas kehidupanmu
yang masih menjaga keaibanmu
yang masih mahu melindungimu
tidak pernah ada dendam
hanya sisa kasih yang hampir padam.

...itulah aku 
tangan ghaib
yang tidak akan kau tahu
yang tidak akan kau hargai
yang tidak akan menyentuhi
kehidupanmu lagi!


...naz_jtb...
22hb Dec 2011

2 comments:

  1. soo creative, jln2 kat sini.
    jom dtg blog saya

    ReplyDelete
  2. well written... moga jasa yg tidak diketahui dan tidak akan dikenang ini.. mendamaikanmu sahabatku

    ReplyDelete