PENGHARGAAN
Ucapan Syukur kepada
Allah S.W.T di atas segala rahmat dan ilham yang dicetuskan semasa menyiapkan
novel ini serta selawat dan salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. Bertaut Kembali adalah rentetan dari semangat yang
menggunung selepas menulis novel pertama berjudul Anugerah Kasih.
Untuk itu, setinggi-tinggi
perhargaan buat sahabat-sahabat semua yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan. Buat sahabat-sahabat
yang masih setia dan bertahan di sisi, Mariani Abdul Ghani, Mislia Mokhtar, dan Adibah Abdul Ghani;
“Terkadang kita lupa bahawa sahabat lama masih ada disisi
kerana mereka lebih lama memahami diri kita ini
kerana mereka lebih lama bertahan dengan karenah kita ini
begitu juga kerana mereka lebih menghargai kasih persahabatan ini”
kerana mereka lebih lama memahami diri kita ini
kerana mereka lebih lama bertahan dengan karenah kita ini
begitu juga kerana mereka lebih menghargai kasih persahabatan ini”
Teristimewa buat adik tersayang, Wan Rafida Wan Hanafiah;
“Seperti selalu
kini kita punya masa bersama lagi
kini kita punya masa bersama lagi
menitip kembali rasa yang melangkaui masa ,
namun tetap sama…
terima kasih kerana masih mengasihi
masih mengingati
masih punya masa untuk bersama
seperti dulu
seperti selalu
seperti biasa…”
masih punya masa untuk bersama
seperti dulu
seperti selalu
seperti biasa…”
Tidak lupa juga, penghargaan yang istimewa buat Zuhana Zainol Abidin dan Salmiza Mansur di atas semangat serta kepercayaan untuk saya menulis lagi.
Akhir
sekali, buat sahabat –sahabat “facebook”
yang sentiasa memberi sokongan, terutamanya di dalam grup
“Mee Kari Ah Huat”, “Kerabu Food Celoteh - (KFC)” dan “St. Nicholas
Convent, Alor Setar”.
No comments:
Post a Comment