Ceritanya....
Aku mendengar cerita
ada hati yang luka
ada jiwa yang melara.
Aku mendengar lagi
deraian airmata menjadi saksi
setiap keluh kesah merindui.
Aku tahu
luka itu bukan yang biasa
Aku tahu
lara itu tiada kesudahannya
sungguh aku tahu.
Percayalah
rasa itu tidak kemana haluannya
disitu juga
kerana bila realiti menyapa
akal akan bersuara.
Sehebat mana rasa itu membelenggu
lupakanlah
lupakanlah
lepaskanlah
biarkan ia berlalu
kerana aku tahu
sakitnya menongkah arus
sungguh aku tahu.
naz_jtb
No comments:
Post a Comment