Cerita Kita
Cerita kau
cerita aku
tidak banyak bezanya
menyongsa arus
mencari bahagia
mengisi resah jiwa
ada sepi dalam tawa
Cerita kau
cerita kau
tidak banyak bezanya
bertemu tanpa dipinta
membelai rasa tanpa diduga
kita hampir tewas akhirnya
Cerita kau
cerita aku
hanya kita yang tahu getarnya
hanya kita yang tahu indahnya
hanya kita jua yang tahu sakitnya
walau seketika cuma
rasa itu nyata
namun
tiada sudahnya
Cerita kau
cerita aku
hanya kita yang tahu.
Azian
19/06/15
Friday, 19 June 2015
Cerekamu....
Bercerekalah
dengan cerita dustamu
aku tidak apa-apa
mungkin mereka masih percaya
kemuliaanmu
namun
ada juga yang tahu rentak sumbang itu
Kau cuba bawa aku meneroka duniamu
aku jadi terkedu
ada rasa dalam hati
ada bara dalam diri
aku hampir jatuh
aku hampir tersepuh
Lalu
aku doakan terbuka hijabmu
dan terserlah segala sangsi
akupun berpaling
tidak menoleh lagi
akupun berpaling
tanpa resah di hati
Bercerekalah
kerana aku tahu
cerita kau
cerita aku
cerita kita
hanyalah cereka dalam hidupmu
aku tidak apa-apa
aku tahu kebenarannya.
Azian.
15/6/15
Bercerekalah
dengan cerita dustamu
aku tidak apa-apa
mungkin mereka masih percaya
kemuliaanmu
namun
ada juga yang tahu rentak sumbang itu
Kau cuba bawa aku meneroka duniamu
aku jadi terkedu
ada rasa dalam hati
ada bara dalam diri
aku hampir jatuh
aku hampir tersepuh
Lalu
aku doakan terbuka hijabmu
dan terserlah segala sangsi
akupun berpaling
tidak menoleh lagi
akupun berpaling
tanpa resah di hati
Bercerekalah
kerana aku tahu
cerita kau
cerita aku
cerita kita
hanyalah cereka dalam hidupmu
aku tidak apa-apa
aku tahu kebenarannya.
Azian.
15/6/15
Subscribe to:
Posts (Atom)