Friday, 19 June 2015

Cerekamu....

Bercerekalah
dengan cerita dustamu
aku tidak apa-apa
mungkin mereka masih percaya
kemuliaanmu
namun
ada juga yang tahu rentak sumbang itu

Kau cuba bawa aku meneroka duniamu
aku jadi terkedu
ada rasa dalam hati
ada bara dalam diri
aku hampir jatuh
aku hampir tersepuh

Lalu
aku doakan terbuka hijabmu
dan terserlah segala sangsi
akupun berpaling
tidak menoleh lagi
akupun berpaling
tanpa resah di hati

Bercerekalah
kerana aku tahu
cerita kau
cerita aku
cerita kita
hanyalah cereka dalam hidupmu
aku tidak apa-apa
aku tahu kebenarannya.

Azian.
15/6/15

No comments:

Post a Comment