Wednesday, 31 August 2011

Hampir...

‎...aku hampir-hampir menyakiti
hatiku sendiri
bila ingin saja aku menekan
butang-butang nombor ke talianmu
memohon kemaafan
yang entah keberapa kali.
...aku hampir-hampir melukai
hatiku lagi
bila aku ingin cuba berbicara
walau kupasti
masih tiada jawapannya

...Syawal
kau masih tidak mampu
melembutkan hatinya
kau masih tidak berdaya
meleraikan sengketa
lalu
rindu bertandang jua

...naz_jtb...

Wednesday, 24 August 2011

....Selamat Hari Raya.....


Maaf Zahir Batin....kepada semua kawan-kawan yang banyak memberi sokongan dan dorongan......

Monday, 25 July 2011

Update....

...Hmmmm....lama jugak x update blog ni...busy sikit...
Apapun syukur kerana dah ada publisher untuk Novel Anugerah Kasih. Thanks to True Wealth Publishing.

I would like to thank to my dearest friends : 3M - Mislia, Mariani and Mahani for their support and encouragement...and to all the "Ah Huat Mee Kari" geng : Wan Rafida, Johan Rashid, Zaini, Tiger Wan, Wan Safinaz, Tochang, Liza and others who has coloured my life with rainbow....to my niece Nurul Izzati, thanks for understanding....not forgetting my FB friends and  Puisi & Artwork Group....thank you for supporting all my work....

Last but not least, special dedication to my inspiration, "Princess" , without you there'll be no "Anugerah Kasih".

Thanks to all of you...!!!

P/S: Hope "Anugerah Kasih" will be on the shelf after Hari Raya Aidilfitri!!!

Friday, 1 July 2011

...Sudut Memori...

‎...dari jauh aku menjengah
ke sudut memori kita
kau padam hampir semuanya
kau buang hampir segalanya
yang tinggal hanya sebuah coretan
yang pernah aku bingkiskan

...apakah masih ada aku
di sudut hatimu walaupun jauh
terima kasih
kerana
tidak memadam semuanya
tidak membuang segalanya
kerana
coretan itu adalah
memori terindah antara
kau dan aku!

...naz_jtb..
.

Sunday, 19 June 2011

Novel Anugerah Kasih....."soft launch".....





Dapatkan novel Augerah Kasih yang hanya akan dijual secara on-line mulai hari Isnin 20hb Jun 2010. Novel ini dijual di dalam dua bentuk iaitu e-book serta bercetak.

Hanya RM 25.00 termasuk kos penghantaran. (Harga ini untuk masa terhad sahaja!!!)

Novel e-book akan di emelkan kepada anda semua sebaik saja bayaran disahkan di dalam tempoh 24 jam. Penghantaran novel bercetak akan dibuat di antara empat hingga enam minggu.

Cara-cara membuat bayaran
1- Buat masa sekarang, saya hanya menerima bayaran melalui akaun Maybank dan CIMB shj.
    
     Akaun Maybank:
     Nama: Nurul Izzati bt. Md. Ruslan
     No. Akaun : 1520 9563 7208

Akaun CIMB
Nama : Noorazian Noordin
No Akaun : 0213 0064627521

3- Sila e-melkan atau SMS kepada saya maklumat anda yang lengkap.

# nama

# alamat

# nombor telefon
# tarikh, waktu bayaran yang tepat dan
# no. rujukan (sekiranya ada)

4.
E-mail: azian.writes@gmail.com @ SMS 017-5927449

TERIMA KASIH di atas sokongan anda semua!!!


Saturday, 18 June 2011

Karyaku.....

‎...ini karyaku 
walau tidak agung
ianya mutlak dari minda
ikhlas dari hati
biarpun ada yang tak mengerti


...ini hasil penaku
walau ada yang sinis menepis
ia bukan untuk sesiapa
hanya ikhlas bercerita
meluahkan rasa
biarpun ada yang mencerca

...ini karyaku
...ini hasil penaku
bukan untuk memenuhi kehendak sesiapa
bukan juga untuk memenuhi kuota.

...maaf
ini karyaku, hasil penaku
hak mutlak diriku !!!

...naz_jtb...