Monday 25 April 2011

Anugerah Kasih Bab 10

Bukannya dia tidak pernah menyintai lelaki sebelum ini. Namun dua orang lelaki yang pernah singgah di hatinya ternyata dayus. Ini membuatkan dia amat membenci lelaki. Bagi Raiyan lelaki hanya boleh di layan sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Cinta pertama pada seorang lelaki yang pernah bekerja satu pejabat dengannya.
                    Ketika itu, Amir baru sahaja bekerja sebagai pelukis grafik di tempat kerja Raiyan. Entah mengapa dia merasakan Amir mula memberikan perhatian kepadanya. Mereka berdua selalu menjadi bahan sindiran kawan-kawan sepejabat. Bermula dengan kekerapan bertemu di pejabat dan keluar makan bersama-sama maka Raiyan mula menerima Amir di dalam hidupnya.
* * * * *
Ah! Lelaki, kenapa dia ditemukan dengan lelaki-lelaki yang dayus begitu. Ternyata kehadiran dua lelaki itu tidak dapat mewanitakan dirinya, malah telah membuatkan dia membenci lelaki. Sebenarnya Raiyan juga ingin menjadi wanita seperti yang difitrahkan, namun pengalamannya bersama lelaki membuatkan dia menjadi lebih agresif. Dia menutup pintu hatinya kepada lelaki kerana sudah banyak dia melihat kesengsaraan yang dilakukan oleh lelaki.
            Hanya Raiyan amat bersyukur perhubungannya setakat itu sahaja. Tidak dapat dia bayangkan sekiranya salah seorang dari lelaki itu yang menjadi teman hidupnya. Pastinya dia akan masuk kedalam statistik isteri-isteri yang menderita atau didera. Pastinya dia akan menjadi tetamu Mahkamah Syariah seperti beberapa orang kawannya. Memang ada hikmahnya, namun selepas peristiwa itu, dia mula kembali kepada dirinya yang sebenar.

No comments:

Post a Comment