“Raiyan, Dee nak solat. Jom kita solat sekali. Dah lewat ni!” Ujar Dee.
Raiyan terkedu! Aduh! Rasa suatu tamparan dari Dee. Sebenarnya Raiyan selalu juga meninggalkan solat. Dia hanya mengerjakan solat apabila ada masa lapang dan kalau di tempat kerja tidak pernah langsung.
“Ha….ar……Dee pergilah dulu…” Rayan menjawab merasa bersalah.
Raiyan tersenyum. Dia tahu, dia sepatutnya merasa bersalah kepada Tuhan, bukan kepada Dee. Raiyan meneruskan kerjanya dan hampir sepuluh minit kemudian barulah dia ke surau. Semasa berselisih dengan Dee, Raiyan sempat menjeling melihat wajah Dee yang lembut, bersih dan suci.
* * * * *
Rayan merenggus. Pantang sekali dia dengan sikap biadap pemandu kereta BMW itu.
“Apa? Dia ingat besar sangatlah kereta dia tu. Aku pun bayar road tax tau!!” Kata Raiyan, marah.
“Raiyan, sabar! Sabar itu separuh dari iman.” Kata Dee sambil menggosok dada Raiyan.
Entah kenapa tiba-tiba hati Raiyan sejuk kembali. Api kemarahannya padam serta merta. Dia memperlahankan keretanya sambil berkata,
“Maaf Dee, I tak boleh kawal my temper.”
“Huh! Dah tahu tu.” Jawab Dee pendek.
“Ha! Mana you tahu?” Tanya Raiyan, hairan.
“Ala ! Dah lupa ke you mengamuk dekat ofis hari itu? Habis semua fail-fail you baling! You dah lupa kes penapis air di kedai di Taiping?” Tanya Dee.
No comments:
Post a Comment