Sunday, 24 April 2011

Anugerah Kasih Bab 7

Angin laut Pulau Pinang seakan mengalu-alukan kedatangan mereka. Raiyan sudah mempunyai rancangan yang tersendiri semasa mereka berada di situ. Dia tahu Dee amat suka menonton wayang, lalu dia terus membawa Dee ke pawagam selepas mereka makan tengahari.
Sebelah malam pula mereka keluar makan dan menikmati keindahan pantai Tanjung Bungah. Mereka berbual sehingga larut malam, Dee banyak bercerita tentang dirinya. Inilah peluang Raiyan untuk mengenali Dee dengan lebih dekat lagi. Sekali sekala Raiyan cuba mencungkil rahsia peribadi Dee seperti siapa teman lelakinya. Namun Dee amat pandai mengalih perhatian Raiyan.
“Takkan Dee tidak ada teman lelaki?”  Tanya Raiyan.
“Betul, tak ada, semuanya kawan biasa saja” Dee menjawab sambil senyum.
“Ye la tu! Tak kan lawa macam Dee tak ada yang special!” Raiyan cuba memerangkap.
Dee hanya menjelir lidahnya dan terus bangun dari tempat mereka di tepi pantai itu. Raiyan mengikuti Dee  dari belakang. Dee bermain-main dengan pasir dan kemudian menguis pasir seperti menulis sesuatu.
“Princess Love Raiyan” tertera tulisannya di atas pasir.
“Oh! I’m touched!!!” Kata Raiyan.
* * * * *
Setiap hari minggu seterusnya menjadi kemestian bagi Raiyan dan Dee untuk bertemu dan keluar bersama. Raiyan merasa amat bertuah kerana Dee selalu mempunyai masa untuk menemaninya. Dee merupakan suatu anugerah Tuhan kepadanya.  Ya! Suatu anugerah yang tidak ternilai harganya.
Malam itu seperti biasa selepas mereka keluar menonton wayang dan makan, Raiyan menghantar Dee balik.
“Ok Princess! See you next week!!!”  kata Raiyan semasa memberhentikan keretanya.
“Ok….thank you Raiyan” Kata Dee yang tiba-tiba menghalakan pipinya kepada Raiyan. Secara spontan Raiyan terus menjamah pipi Dee dengan lembut. Dia merasa begitu bahagia sekali dengan layanan Dee. Raiyan tahu Dee dapat menerima dirinya tanpa sebarang prasangka. Hanya dia sahaja yang adakalanya seperti berperang dengan perasaannya.

No comments:

Post a Comment