Tuesday, 26 April 2011

Anugerah Kasih Bab 14

Secara jujurnya, Dee juga sayangkan Raiyan. Dia sedar Raiyan telah banyak membuka matanya untuk melihat kehidupan. Banyak yang dipelajarinya daripada Raiyan. Dia juga menjadi rindu sekiranya Raiyan tidak menghubunginya. Oleh itu sekiranya Raiyan tidak menelefon atau menghantar mesej kepadanya, Dee pula akan menghubungi Raiyan .
            Begitulah rapatnya perhubungan mereka berdua sejak beberapa bulan ini, selepas pulang dari Langkawi. Setiap minggu ada saja aktiviti mereka berdua. Bagi Dee, Raiyan adalah seorang kawan yang amat mengerti dirinya. Raiyan memberikannya kebebasan untuk bersuara dan paling penting menjadi dirinya sendiri. Lebih dari itu, Raiyan telah memberikan satu dimensi baru di dalam hidupnya.
            Esok hari lahir Raiyan dan mereka akan keluar makan. Dee berkira-kira hadiah apa yang patut diberikan kepada Raiyan. Dia tahu Raiyan boleh mendapatkan apa sahaja yang diingininya. Dee ingin menghadiahkan Raiyan sesuatu yang akan diingatnya seumur hidup.
* * * * *

Dee amat teruja dengan kerja barunya. Dia akan memulakan langkah pertama di dalam kerjayanya. Dee amat berterima kasih kepada Raiyan. Segala keperluannya di ambil kira oleh Raiyan. Dia tidak perlu risaukan apa-apa selagi Raiyan bersamanya. Dia punya Raiyan sekarang. Segala masalah, suka dan dukanya, akan dikongsi bersama Raiyan.
Mereka tiba di Jelapang jam sepuluh setengah pagi. Raiyan terus mengenalkan Dee kepada Pengurus cawangan di situ. Pekerja-pekerja di situ kelihatan tertanya-tanya siapa Dee sebenarnya. Kebanyakkan perkerja di situ adalah warga tempatan dan terdapat beberapa orang warga asing yang bekerja. Dee tidak memperdulikan warga-warga asing itu. Dia hanya menumpukan perhatian kepada tugas barunya.
Dia berjanji kepada dirinya untuk bekerja keras supaya tidak mengewakan Raiyan. Kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh Raiyan amat dihargainya. Seumur hidup Dee, tidak pernah ada sesiapa yang melayannya sebegitu rupa. Seumur hidupnya juga, Dee tidak pernah berjumpa dengan orang yang seunik Raiyan. Unik! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan peribadi Raiyan.

No comments:

Post a Comment