Sunday, 24 April 2011

Anugerah Kasih Bab 6

Sudah hampir dua minggu Dee tiada di pejabat. Rindu Raiyan semakin menebal walaupun hampir setiap hari mereka berhubung melalui telefon. Entah kenapa Dee menjadi penting di dalam hidupnya. Mungkin kerana hidupnya terlalu sepi dan sunyi tanpa orang tersayang. Mungkin juga kerana hatinya terlalu lama tidak dipedulikan oleh sesiapa. Perhatian dan layanan Dee telah menyentuh hatinya yang sangat dalam.
“You’ve touched that special place in my heart, which was long forgotten. You’ve touched that special place in my heart deeply that unlock a special kind of love…and with that my Princess I LOVE YOU!!!”
Raiyan menulis di atas kad yang akan di berikan kepada Dee bersama-sama dengan hadiah perpisahan yang terlupa di belinya tempoh hari. Raiyan telah membeli sepasang telekung bersulam dan bertekad untuk mencari rumah Dee. Dia telah mendapat alamat rumah Dee daripada rekod di bahagian sumber manusia dan akan memberi kejutan kepada Dee esok.

* * * * *
Ah! Biarkan! Kalau dengan menyayangi Dee buat aku bahagia, biarkan. Walaupun untuk sekadar waktu. Raiyan tahu  setakat mana dia sepatutnya menyayangi Dee. Sejarah mungkin berulang kembali namun Raiyan lebih bersedia kali ini.
Raiyan berkira-kira untuk membawa Dee bercuti. Entah kemana dia belum pasti, tetapi dia hanya ingin meluangkan masanya dengan Dee. Kehadiran Dee dalam hidupnya amat bermakna sekali. Entah mengapa kasihnya tertumpah kepada Dee. Entah mengapa Dee menjadi orang penting dalam hidupnya.
Pulau Pinang! Ya, destinasi pelancongan yang indah. Dia ingin mencipta keindahan bersama Dee. Raiyan terus menaip mesej kepada Dee.
- Princess! Hujung minggu depan kita ke Penang ye! - Raiyan tersenyum sendirian.
Seperti biasa selang beberapa minit, telefon Raiyan berbunyi pula. -Penang! Best tu!!! I follow je- tertera mesej dari Dee.
Itu yang paling disukai Raiyan, senang mengajak Dee kemana-mana. Dee mempunyai banyak masa yang terluang untuk menemaninya. Raiyan semakin tidak sabar menanti hujung minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment