Dee tahu Raiyan kesunyian, tambahan lagi dia baru kehilangan bapanya. Sebagai kawan Dee cuba untuk menggembirakan Raiyan. Namun apa yang dilihat di hari kematian bapa Raiyan sedikit sebanyak membuatkan dia tidak selesa. Bukan dia tidak nampak gelagat kakak Raiyan yang memerhatikan tajam dirinya dari jauh.
Dari raut wajah kakak Raiyan, terpampar rasa tidak senang hati apabila Raiyan melayannya hari itu. Dee terasa ada yang tidak kena di antara Raiyan dengan kakaknya. Kenapa kakak Raiyan berkelakuan begitu? Apa masalah Raiyan sebenarnya? Ingin sekali Dee menanyakan kepada Raiyan.
Dee mengambil keputusan untuk bertanyakan Raiyan petang nanti. Walaupun Dee tidak memberi persetujuan untuk keluar dengan Raiyan, Dee tahu Raiyan akan tetap datang untuk menjemputnya. Dia tidak kisah, malah merasa seronok untuk menghabiskan waktunya bersama Raiyan.
* * * * *
“Raiyan ada masalahkah dekat rumah? Boleh I tahu?” Dee mula bertanya.
“Tak ada apalah. Nothing serious! Don’t worry.” Raiyan cuba menutup masalahnya.
“Hah! Adalah tu. Itulah, you selalu sangat keluar dengan I. I dah agak isu ini akan timbul. Bagi tahulah Raiyan.” Protes Dee.
“Ok. Memang ada isu you and I di rumah, tapi it’s not a problem. It’s my life Dee. Macam I kata, I bukan budak-budak. Please I don’t want to discuss further. It’s not a problem. Believe me” Roy mengakhiri perbualan itu.
Walaupun Dee tidak berpuashati dengan penjelasan Raiyan, dia mendiamkan diri kerana tidak mahu berselisih faham dengan Raiyan. Dia tidak mahu menjadi punca kemarahan Raiyan.
No comments:
Post a Comment