Sunday, 24 April 2011

Anugerah Kasih Bab 9

Seperti selalu, Dee melayan Raiyan dengan manja sekali. Dee mampu membuatkan Raiyan ketawa kembali. Dee tahu apa yang Raiyan perlukan di saat-saat begini. Perhatian dan kasih sayang. Dee melihat Raiyan sebagai seorang kawan yang baik, penyayang tetapi kesepian.
                    Ingin sekali Dee bertanya kisah hidup Raiyan. Dia nampak Raiyan banyak menyimpan rahsia, memendam rasa. Dee juga sedar, adakalanya Raiyan melayan dirinya lebih dari seorang kawan, dan dia merasa begitu istimewa apabila bersama dengan Raiyan. Dia tidak mahu berperasangka buruk terhadap Raiyan. Lagipun tidak mungkin Raiyan sampai ke tahap menyintainya. Ah! Tidak terlintas di fikiran Dee  begitu. Dee yakin Raiyan seorang wanita yang normal, cuma lebih agresif.
                    Mereka pulang agak lewat malam itu. Dee tahu abahnya mesti menunggunya dengan pelbagai soalan. En. Zakri sememangnya amat perihatin dengan gerak geri anak-anaknya. Sebenarnya Dee risau juga apabila mereka lewat, tetapi sebagai seorang anak yang baik, dia telah menghantar mesej kepada abahnya.
                    “Lambatnya balik!” seperti yang dijangka, abahnya bertanya sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumh.
                    “A’a abah. Kesian dekat Raiyan, dia tengah sedih, jadi kami ke Lumut. Itu yang lambat balik. Maaf yer abah.” Dee telah bersedia dengan jawapannya.
                    “Nampaknya kakak rapat sangat dengan Raiyan tu. Jaga-jaga, mak nampak dia macam lelaki. Jangan-jangan…” emaknya bersuara.
                    “Isy! Tak adalah mak. Dia baik. Raiyan tak pernah buat apa-apa dengan kakak. Fizikal dia saja macam tu. Jangan risau lah!  Takkan kakak nak biarkan dia buat perkara tak senonoh macam tu. Lagipun diakan lebih matang dari kakak.” Dee menjawab dengan panjang lebar.
                    “Tak adalah! Kami cuma risau, tengok kakak rapat sangat dengan dia. Abah tengok macam-macam dia dah bagi pada kakak. Jangan sampai terhutang budi.” Abahnya menambah.
                    “Kenapa abah?  Takut tergadai body!!!” Dee cuba berseloroh.
                    “Isy! Budak ni, orang serius, dia main-main pulak!!!” ujar emaknya.

No comments:

Post a Comment