Friday 20 May 2011

Bertaut Kembali- Bab 2

2
            Sudah lima tahun Razlan membawa diri ke Ipoh selepas dikecewakan oleh Princessnya. Walaupun dia tidak menaruh harapan tinggi kepada Dee, namun harapan untuk menjadikan Dee sebahagian dari keluarganya hancur apabila Dee memilih Anuar dan bukan Badrul. Puteri Nurdiyana, Dee atau Princess, merupakan suatu nama yang tidak mungkin dilupakannya. Razlan suka memanggil Dee sebagai Princess.
            Kini Razlan mempunyai perniagaannya sendiri di Bandar Ipoh. Setelah kecewa dengan apa yang terjadi, Razlan membawa diri dan memulakan perniagaannya di Ipoh. Sedaya upaya dia cuba untuk melupakan Dee atau Princessnya. Namun kenangan bersama Princessnya sentiasa diingatan.
            Masih terbayang di matanya, kelembutan dan kemanjaan Dee ketika bersamanya dulu. Walaupun Dee lebih layak menjadi anaknya, Razlan amat menyanginya lebih dari itu. Perbezaan umur yang ketara telah menjadi penghalang kepadanya untuk menjadikan Dee sebagai teman hidupnya. Dia tidak mahu Dee kecewa bersuamikan seorang yang terlalu tua berbanding dengan Dee.
            Disebabkan itu juga, Razlan mengenalkan Dee kepada anak saudaranya, Badrul dengan harapan dapat menjadikan Dee sebahagian dari keluarganya. Razlan amat tertarik dengan personaliti Dee yang lemah lembut serta bijak. Pertemuannya dengan Dee bermula semasa Dee menyertai Program Mentor Keusahawanan di Universiti Utara Malaysia. Razlan menjadi mentor Dee di dalam program tersebut.
            Sepanjang program itu, Razlan dan Dee menjadi rapat. Pada mulanya Razlan mahu membahasakan dirinya Pak Cik, tetapi Dee enggan dan memanggilnya Raz sahaja. Razlan kemudiannya memanggil Dee, Princess. Bermula daripada situ, mereka menjadi akrab dan Razlan menumpahkan segala pengetahuan malah kasih sayangnya pada Dee. Sebaik sahaja Dee tamat pengajiannya, Razlan terus melamar Dee untuk bekerja di pejabatnya. Razlan tahu Dee berbakat besar di dalam bidang perniagaan antarabangsa. Hampir dua tahun Dee bekerja di bawah satu bumbung dengan Razlan.
            Selama itu juga Razlan mengenal hati budi Dee sehinggakan dia sendiri jatuh cinta dengan Dee. Namun begitu, Razlan sedar, perbezaan umur mereka terlalu jauh. Razlan sudah diawal empatpuluhan dan Dee pula baru duapuluh empat tahun. Baru sahaja menamatkan pengajiannya. Ketika itu Razlan merasakan tidak layak untuk menyunting Dee sebagai teman hidupnya. Bagi Razlan, Dee yang muda dan cantik lebih sesuai dengan lelaki yang lebih muda.
            Oleh kerana itulah, Razlan sanggup mengenalkan Dee kepada anak saudaranya Badrul. Niat Razlan ingin Dee menjadi sebahagian dari keluarganya dan supaya Dee tidak jatuh ke tangan lelaki lain. Razlan kemudiannya mengatur pertemuan antara Dee dan Badrul. Ternyata Badrul tertarik dengan Dee pada pertemuan pertama itu. Ya! Lelaki manapun akan tertarik dengan Dee yang cantik dan bijak.
             Razlan kemudiannya mengenalkan Badrul dengan emak dan ayah Dee. Emak dan ayah Dee yang rapat dengan Razlan kemudiannya menerima cadangan untuk menyatukan mereka. Namun begitu Dee meminta sedikit waktu untuk mengenali Badrul dengan lebih dekat lagi. Semuanya berjalan lancar sehinggalah dua minggu sebelum hari pernikahan mereka. Dee dengan tiba-tiba menarik diri dan tidak mahu meneruskan pernikahan tersebut.
            “Kenapa Dee? Kenapa tiba-tiba berubah hati?” Soal Razlan.
            Dee hanya tunduk diam.
            “Come on Princess! You tahu kan, you boleh cerita apa saja dekat I. Please tell me the truth” Kata Razlan hampir merayu.
            “Raz, I dah jatuh cinta dengan orang lain. Anuar namanya, dia baik Raz. Tolonglah faham. I tak rasa begini dengan Bad. Perasaan I kuat dengan Anuar.” Terang Dee.
            “Anuar? Siapa dia Dee? Kerja apa, dimana? Macam mana you jumpa dia?” Soal Razlan bertubi-tubi.
            “Raz, tolong faham. I tak tau kenapa selepas I keluar dengan dia, I rasa yang dialah pilihan yang tepat. Yang lain tidak penting Raz.” Ujar Dee tanpa menjawab soalan Razlan.
            “Siapa dia Dee? I nak berjumpa dengannya! It’s your happiness that matters most!”
            “Baiklah, tapi tolonglah beri peluang untuk you kenal dia dulu.” Kata Dee mengharap.
            Selepas berkenalan dengan Anuar, hati Razlan menyirap. Rupanya Anuar hanyalah seorang penghantar kurier yang sering ke pejabat mereka. Tiada satu apapun yang hebat dengan Anuar berbanding Badrul. Razlan tidak sedap hati apabila melihat raut wajah Anuar yang cengkung serta matanya yang merah. Hatinya berat mengatakan Razlan adalah penagih dadah.
            Apatah lagi apabila mengetahui asal usul Anuar dari perkampungan nelayan yang memenag terkenal  dengan sarang dadah. Razlan kecewa dengan pilihan Dee, setidak-tidaknya, lelaki yang dipilih Dee mestilah lebih hebat dari Badrul. Entah apa yang dia nampak pada Anuar. Namun menurut Dee, Anuar rajin bersolat dan kuat pegangan agamanya. Hanya dalam masa seminggu mengenali Anuar, Dee sudah mempercayai lelaki itu sepenuhnya.
            Razlan tidak berdiam diri, dia terus mencari maklumat mengenai Anuar. Tepat sekali tekaannya, Anuar memang seorang penagih dadah dan paling mengejutkan emak dan ayah Dee menyatakan bahawa mereka Dee telah dikenakan minyak pengasih. Razlan tidak percaya, namun perlakuan dan pangakuan Dee menjurus ke situ. Mana mungkin Dee jatuh cinta hanya dalam masa seminggu?
            Selepas itu, majlis perkahwinan Badrul diteruskan juga dengan persetujuan Ezah, adik Dee sebagai jalan untuk menutup malu kedua-dua keluarga. Mungkin sudah jodoh Badrul dengan Ezah. Itu sudah ketentuan Tuhan, namun apa yang melukakan hati Razlan ialah Dee tidak langsung mahu mendengar nasihatnya, malah Dee pula menuduh Razlan mengenakannya dengan ilmu sihir.
            Sebenarnya Dee menyangka air mineral yang diberikan Razlan kepada ayah Dee itu adalah air jampi. Padahal ia hanya air Yasin yang didapati di mesjid sebagai penenang dan pelembut jiwa supaya Dee mendengar kata ibu dan ayahnya. Razlan tahu, Dee telah dipengaruhi oleh Anuar yang selalu menghubungi Dee pada masa itu. Dee bagai dipukau hanya menurut sahaja kata-kata Anuar sehingga melarikan diri dan berkahwin di sempadan.
            Razlan kemudiannya berputus asa dan tidak lagi menghubungi Dee, setelah Dee tidak pernah  menjawab panggilan ataupun mesejnya. Razlan membawa diri ke Ipoh dan tidak menghadiri majlis perkahwinan antara Badrul dan Ezah. Razlan tidak mahu lagi melihat wajah Dee dengan lelaki jahanam itu. Dia hanya ingin meninggalkan semua apa yang berlaku di antara mereka.
            Hari ini, seperti biasa Razlan masih cuba menjalani kehidupan jauh dari kenangan bersama Dee, Princessnya. Bukan dia tidak mahu mencari pengganti Dee, namun apa yang terjadi amat mengecewakannya. Dia berhati-hati supaya tidak jatuh cinta dengan sesiapa lagi. Biarlah dia hidup sendiri ditemani anak-anak buahnya yang tinggal bersama dengannya di Bandar Ipoh ini.
             Sudah hampir jam lima petang, Razlan mula berkemas untuk pulang. Esok hari sabtu, dia tidak bercadang untuk kemana-mana. Hujung minggu ini akan dihabiskan bersama anak-anak buahnya di rumah. Tiba-tiba telefon bimbit Razlan berbunyi, ada mesej yang masuk.
            -Salam. Maaf ganggu. Raz, Dee perlu jumpa dengan Raz petang ini. Raz di Ipoh kan. Dee akan sampai dalam setengah jam lagi. Please I need your help-
            Jantung Razlan berdegup kencang semasa membaca mesej Dee. Lima tahun dia menanti mesej dari Dee. Lima tahun, dia merindui Dee, Princessnya. Walaupun hatinya terluka namun Razlan tetap menyayangi Dee. Tidak pernah seharipun berlalu tanpa dia merindui Princessnya.
            Razlan menarik nafas panjang, cuba mententeramkan dirinya. Dia tertanya-tanya kenapa Dee tiba-tiba mengirim mesej begitu kepadanya. Apa yang telah terjadi pada Dee? Razlan terus menelefon Dee.
            “Asslammualaikum Princess! You di mana? How can I help you?” seperti biasa Razlan amat mengambil berat tentang Dee.
            “Waalaikumsalam Raz! Maaf ganggu you. I hampir sampai ke Ipoh. Boleh tak you tunggu I di Rapat Setia.  Dekat gerai limau Tambun. I cuma tahu tempat tu saja. Please Raz. I really need to see you.” Terdengar suara Dee seperti menahan sebak.
            “Ok Princess. My office dekat saja dengan tempat tu. I tunggu you.’ Jawab Razlan.
            Razlan bergegas turun dan terus menuju ke deretan gerai-gerai yang dikatakan oleh Dee. Jaraknya hanya lima minit sahaja berjalan kaki dari pejabat Razlan. Perasaanya berbaur ketika itu. Gembira kerana rindunya selama lima tahun akan terubat, tetapi tertanya-tanya kenapa Dee tiba-tiba saja ingin bertemu dengannya. Berdebar-debar hati Razlan ketika menunggu Dee. Apakah Dee masih ayu seperti dulu, yang selalu membuatkan dia terkedu? Pasti. Princessnya pasti masih seperti dulu.
            Hampir sepuluh minit Razlan menanti, tiba-tiba dia melihat sebuah kereta ViVa Elite biru menghampirinya. Pasti itu Dee. Hati Razlan berdegup kencang menantikan pemandu kereta itu keluar. Razlan hampir tidak mengenali Dee yang berjalan menuju kepadanya. Masih bertudung, namun mukanya cengkung dan matanya bengkak dan ada kesan lebam dipipinya.
            Hati lelakinya tersentuh melihatkan wajah Princessnya, yang dahulu pernah bertakhta di hatinya. Sedih melihatkan kesengsaraan hidup yang terpampar di wajah Dee. Razlan menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Dee terus memeluknya. Dia terkedu, namun membalas pelukan Dee yang sedang menangis. Agak lama juga dia membiarkan Dee menangis di dalam pelukannya.
            “Princess!!! Bertenanglah. Jom ke pejabat I, kita berbual disana. I miss you!” Akhirnya terkeluar juga perkataan dari mulut Razlan sambil memimpin Dee ke pejabatnya.

No comments:

Post a Comment