Friday, 6 May 2011

Warkah Buat Bonda

Ingatanmu yang semakin
 dimamah waktu
 adakalanya menyentuh perasaan ini
 bila kau semakin bercelaru
 bila kau semakin keliru.

Amarahmu yang semakin
 tebal ditapuk usia
 adakalanya mencabar kesabaran ini
 bila kau semakin bercelaru
 bila kau semakin keliru

Ada ketikanya
 kau jadi bahan ketawa  anak cucu
 dan
 kau masih bisa ketawa bersama
 meskipun
 kau jadi tidak mengerti
 kehidupan ini

Seberapa terdaya
 aku cuba curahkan kasih
 namun kau jadi tersisih
 entah keberapa kali
 aku cuba mengerti
 namun
 terkadang kau merajuk hati

Percayalah…
 tidak pernah aku ingin melukai
 tidak juga aku ingin menderhaka
 kerana aku sedar
 entah berapa lama lagi
 aku bisa memohan keampunanmu…

...naz_jtb...

No comments:

Post a Comment