Tuesday, 3 May 2011

Anugerah Kasih Bab 17

Raiyan tersenyum, dari jawapan Badrul dia tahu Badrul bersetuju untuk bertemu dengan emak Dee. Sememangnya Raiyan amat berharap agar Dee dan Badrul di temukan jodoh. Bagi Raiyan, Princessnya adalah seorang wanita yang amat  baik untuk dijadikan calon isteri. Seandainya Raiyan menjadi Badrul , peluang ini tidak akan dibiarkan begitu saja.
Raiyan ingin menemukan mereka dengan harapan mendapat restu dari emak Dee. Restu keluarga amat penting di dalam hubungan cinta bagi Raiyan. Dia pernah melihat rumahtangga kawannya musnah akibat berkahwin tanpa restu. Bukan niat Raiyan untuk mengatur hidup Dee, tetapi dia tidak mahu Dee terlepas ke tangan lelaki lain. Raiyan sedar sedalam manapun perasaannya kepada Dee, dia tetap tidak akan dapat memiliki Dee. Haram baginya untuk berperasaan begitu. Dia berharap apabila Badrul dapat memiliki Dee, maka perasaannya akan hilang.

* * * * *
Dee terus mengambil blaus yang dibeli oleh Raiyan dan mencubanya sambil berpusing-pusing persis seorang puteri.
Raiyan tersenyum dan mengusik “Ok cantik dah tu. Gerenti Uncle  berkenan.”
Ketika itu emak Dee Baru saja keluar dari bilik air. “ Bila Kakak beli baju tu? Tak bagi tau mak pun.” Kata emaknya kehairanan.
“Raiyan yang beli baju ni, dia suruh Kakak pakai malam ni juga.” Jawan Dee.
“Oh! Inilah yang bertepuk tampar petang tadi. Cantik juga.” Emak Dee baru memahami apa yang berlaku petang tadi.
“Ha! Jangan nak perasan, Cepat siap!”  Terdengar suara Raiyan mengarah. Dee terus masuk ke dalam bilik air.
Hampir jam sembilan malam, Badrul menghantar mesej kepada Raiyan menyatakan dia sedang menanti mereka di lobi hotel. Mereka turun ke lobi dan Raiyan nampak mata Badrul tertumpu kepada Dee yang nampak bersahaja tetapi malu.

No comments:

Post a Comment