Tuesday, 3 May 2011

Anugerah Kasih Bab 20

Selang beberapa hari selepas itu, Ammar cuba menegurnya, namun Dee hanya menjawab sekadarnya saja. Bagi Dee, dia tidak tertarik langsung untuk mengenali malah mendekati Ammar. Dee melayan Ammar seperti mana dia melayan pekerja lain. Dia mendapat tahu Ammar ada menanyakan berkenaan dirinya daripada pekerja lain. Malah Ammar berani menyuruh mereka meminta nombor telefonnya.
            Ah! Biarkan, apapun Dee tidak ingin melayan Ammar. Dia tidak memikirkannya sangat, kerana malam ini Raiyan akan datang dan tidur di bilik sewanya. Raiyan telah berjanji akan datang sebaik saja dia habis kerja. Raiyan akan membawa makan malam ini, katanya ada surprise. Itulah Raiyan, ada saja kejutan untuknya, dan Dee amat menyenangi kejutan-kejutan dari Raiyan. Dee pasti Raiyan telah merancang sesuatu yang istimewa untuk menyambut harijadi Princessnya.
* * * * *
Malam itu Dee menikmati makanan yang paling enak dan mereka kembali ke bilik sewa Dee hampir tengah malam. Malam itu juga Dee merasa amat gembira dengan hadiah dari Raiyan. Dia merasa amat terhutang budi dengan Raiyan, hampir semua benda telah dibelikan Raiyan untuknya. Namakan apa saja, baju, kasut, rantai, malah telefon  bimbit keduanya juga pemberian Raiyan. Dee tahu betapa istimewanya dia di dalam hidup Raiyan.
Malam itu dia lupa kepada semua lelaki yang ada di dalam hidupnya. Dia lupa kepada Daim, Firdaus, Badrul malah sedikitpun tidak mengingati Ammar. Di matanya hanya ada Raiyan, seseorang yang membuat dia rasa istimewa. Raiyan yang berjaya menyentuh  perasaannya. Malam itu tidurnya di dalam pelukan Raiyan dan mimpinya juga indah bersama Raiyan.

No comments:

Post a Comment