Tuesday, 3 May 2011

Anugerah Kasih Bab 18

 “Abah, Kakak ingat nak sewa biliklah. Jimat belanja sikit.” Kata Dee memulakan perbualan dengan abahnya.
“Nak sewa di mana, dah dapat ke?” Tanya abahnya.
“Dekat Taman Koperasi, lebih kurang sepuluh minit dari pejabat Kakak. Ada kawan kakak yang sewa dekat rumah tu. Ala abah kenalkan dengan Liza, kawan Kakak masa belajar dulu.” Terang Dee kepada abahnya.
“A’a, abah ingat. Bila nak pindah tu, nanti minta Raiyan tolong tengok dulu sesuai ke tidak.” Kata abahnya.
“Abah ni, semua nak suruh Raiyan tengok, tak percaya dengan anak sendiri lah.” Ujar Dee seakan merajuk. Namun jauh di sudut hati dia merasa bangga kerana abahnya mempercayai Raiyan.
“Bukan tak percaya dekat Kakak. Tapi Raiyankan lebih tua dan matang, mesti dia lebih arif dengan perkara-perkara macam ni. Biar dia pergi tengok dulu.” Tegas abahnya.
* * * * *
“Ala Raiyan ni, bilik ni ok kan?” Tanya Dee sambil memaut bahu Raiyan lantas mendekatkan pipinya ke pipi Raiyan.
“Ha…a….a….ha ok, ok!  I approved!” Entah kenapa Raiyan tergagap-gagap menjawab.
“Hahaha…..kan dah cair. Thank you Raiyan!” Usik Dee.
“Ooohhhh!!! Pandai you mainkan I ye! You tau kan I cukup lemah kalau you bermanja-manja macam ni.” Kata Raiyan sambil mengusap pipi Dee.
“Hahaha…..I tau, you tu, luar je nampak brutal. Dalam romantik habis!” Dee mencebik mulutnya.
Secara spontan Raiyan memeluk Dee dari belakang sambil memegang kedua belah tangannya. Dee meronta perlahan sambil ketawa kegelian apabila Raiyan menggeletek perutnya.

No comments:

Post a Comment