Tuesday, 3 May 2011

Anugerah Kasih Bab 19

“Ya Allah! He must be a very good man. Only the good die young!” Kata Raiyan selepas mendengar cerita Dee.
“Raiyan, macam mana nak tau he’s the right one?” Soal Dee.
“You tanya I. Hahaha……well I met one Mr. Not So Right and Mr. Totally Wrong, so susah nak jawab. Tapi bagi I, marry the one that loves you not the one you love” Kata Raiyan memberi pandangannya.
“Tapi kalau lebih dari seorang yang loves me?” Dee menduga pula.
“Hehehe…perasaan juga Princess I ni. Kalau macam tu, pilihlah yang di restui oleh mak dan abah. Perkahwinan tanpa restu tidak akan bahagia.” Terang Raiyan, di dalam hati mengharap emak dan abah Dee dapat menerima Badrul.
* * * * *
Dia cuba untuk berfikiran rasional, namun sesekali apabila Dee bermanja dengannya, Raiyan bukan sahaja teruja malah terangsang. Seumur  hidupnya tidak pernah ada sesiapa yang membelai jiwanya seperti Dee. Malah dengan Zatie dulupun dia tidak pernah mempunyai perasaaan yang begitu dalam.
Raiyan takut. Takut kehilangan Dee, di waktu dia belum bersedia untuk melepaskan Dee pergi. Raiyan takut terluka lagi, namun apa yang dikecapi sekarang ini amat indah. Dia tidak ingin kemesraan ini berakhir dengan cepat, Raiyan ingin menikmatinya lebih lama lagi. Benarlah kata orang, sesungguhnya yang terlarang itulah yang indah! Yang terlarang itulah yang menjadi idaman.

No comments:

Post a Comment